Pages

Monday, January 21, 2013

Prestasi Masa Lalu Tidak Menjamin Hasil Masa Depan

ISNIN, 21 Januari 2013
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Dalam "The Empires Strike Back in Europe,"  Tim Judah, mengupas pemikiran beberapa sarjana terkenal dan cerdik pandai,  bermula dengan  George Santayana, Peter Claus Hartmann, Robert Cooper , dan Ivan Krastev,  untuk meramalkan masa depan Eropah. Judah juga merujuk tulisan dalam The Economist  yang membandingkan Kesatuan Eropah dengan Empayar Rom Suci pada zaman dari pertengahan abad ke-17 ke pengakhirannya pada tahun 1806. 

Pemikiran Krastev yang dirujuk oleh Judah adalah tentang pengajaran daripada kejatuhan bekas Kesatuan Soviet demi mengelakkan keruntuhan Kesatuan Eropah.  Krastev mengingatkan bahawa dalam ketiadaan peperangan atau keadaan melampau lain, penyepaian bukannya berpunca daripada nyahstabil di pinggiran, tetapi pemberontakan di pusat.  "Rusia sendiri yang memilih untuk memusnahkan dan bukannya republik Baltik, untuk menentukan nasib negara Soviet," kini diulangi oleh Jerman dalam hubungannya dengan Kesatuan Eropah, dan bukannya berpunca daripada masalah yang tercetus di Greece atau Sepanyol. 

Setelah merakamkan rasa hormatnya kepada Santayana, Judah menamatkan tulisan dengan sebuah peringatan:  Prestasi masa lalu tidak menjamin hasil masa depan.



No comments:

Post a Comment