Pages

Monday, January 7, 2013

Nilai Tawaran Awam Permulaan Tahun 2012 Rendah

ISNIN, 7 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Tahun 2012 menyaksikan tawaran awam permulaan (IPO) terbesar yang melibatkan Facebook dan diikuti oleh  Japan Airlines, manakala  Felda Global Ventures,  IHH, dan Astro dari Malaysia,  adalah  antara yang terbesar.

Carta harian The Economist, menunjukkan bahawa pada tahun 2012, nilai IPO di peringkat global adalah yang terendah dalam masa tiga tahun, iaitu kurang sedikit daripada AS$123 bilion, dan jatuh lebih satu perempat jika dibandingkan dengan tahun 2011, memetik Dealogic, penyedia data kewangan.



Pengapungan Amerika merupakan bahagian yang terbesar, iaitu hampir dua perlima volum dunia, manakala tawan saham dari China (termasuk Hong Kong) jatuh daripada lebih 40 peratus pada tahun 2011 kepada hanya 18 peratus pada tahun 2012.  Mexico dan Malaysia menyaksikan terbitan IPO meningkat berlibat ganda berbanding dengan tahun 2011, dengan pengapungan terbesar kedua-dua buah negara ini menduduki tangga ketiga dan keempat di peringkat global, walaupun jumlah yang ditawarkan tidak banyak:  Mexico hanya enam, dan 12 bagi Malaysia.


No comments:

Post a Comment