Pages

Monday, January 7, 2013

Eropah Barat Terus Menegakkan Negara Sekular

ISNIN, 7 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Di Eropah Barat, kebebasan asasi memang dilindungi, tetapi  kebebasan beragama menunjukkan keadaan yang sebaliknya.  Tatkala tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya, tulis Mary Ann Glendon dan Azizah al-Hibri dalam The National Interest, beberapa buah negara terus menyekat amalan kebebasan dan penyataan agama, daripada pakaian agama kepada kehidupan asas, seperti bersunat.

Mary Ann dan Azizah mengemukakan contoh:  Perancis dan Belgium menyekat pelajar di sekolah negara  dan pekerja kerajaan daripada memakai "simbol agama yang kelihatan menonjol," menyekat  tudung orang Islam, serban orang Sikh, salib Kristian yang besar, dan yarmulka orang Yahudi.  Kedua-dua buah negara itu kini melarang orang ramai memakai purdah di tempat awam,  manakala Switzerland, Belanda, dan negara Eropah lain masih membahaskan sekatan yang sama.  Sekatan pakaian Islam untuk para guru wujud di beberapa negeri di Switzerland dan Jerman.

Eropah Barat lawan kebebasan agama, hujah kedua-dua penulis itu.  Dari satu segi yang lain pula, tindakan  Eropah Barat dapat ditafsirkan sebagai usaha berterusan untuk  menegakkan negara sekular, dan dengan itu, agama tidak ada tempat di dataran awam.  Pakaian yang mencerminkan identiti agama dilarang sama sekali.  Bahkan, di sesetengah negara, seperti Sweden, Switzerland, Norway, dan Iceland sudah lama mengharamkan penyembelihan kosyer dan penyembelihan halal. 



No comments:

Post a Comment