Pages

Sunday, October 14, 2012

Kota Peluang: Kuala Lumpur Menduduki Tangga ke-18

AHAD, 14 Oktober 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH





Richard Florida yang menulis dalam The Atlantic Cities, memetik laporan yang baru sahaja dikeluarkan oleh PricewaterhouseCooper dan Partnership for New York City,  menyenaraikan kota global yang menawarkan lebih banyak peluang.

Mendahului senarai ialah New York di tangga pertama, diikuti oleh London dan Toronto, masing-masing di tangga kedua dan ketiga.  Dua buah kota yang turut tersenarai lima teratas    ialah Paris dan Stockholm, dan diikuti oleh San Francisco di tangga keenam. Bagi kota di Asia-Pasifik pula, Singapura menduduki tangga teratas (ketujuh), Hong Kong (kelapan), Tokyo (ke-10), Sydney (ke-11), dan Seoul (ke-14).  Sementara Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18, di belakang Beijing (ke-17), diikuti oleh Shanghai (ke-19), Abu Dhabi (ke-22), dan Mumbai menduduki tangga terakhir.

Laporan tersebut mengukur 27 buah kota terbesar di dunia dan paling berpengaruh di peringkat global dari segi keupayaan menyediakan peluang terhadap warganya, iaitu warga jangka panjang dan pendatang baru.  Laporan tersebut yang Florida gemari" "cuba mengukur keupayaan kota bukan sahaja dari segi pertumbuhan dan pembangunan, tetapi dari segi penyediaan peluang yang lebih luas."

Kota yang diliputi oleh kajian, seperti yang dipetik oleh Florida, ialah penjana global, menyumbangkan hampir lapan peratus output ekonomi global (diukur sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar), manakala menampung hanya 2.5 peratus penduduknya.  Laporan itu mengunjurkan bahawa 27 buah kota ini akan menambah 19 juta orang lebih warga, 13.7 juta lebih pekerjaan, dan AS$3.3 trilion lebih output ekonomi pada tahun 2025. 



No comments:

Post a Comment