Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dengan merujuk kolumnya dalam National Post, mengemukakan alasan sebenar gerakan pemisahan telah berkubur di Quebec. Apabila membaca tulisan beliau itu, saya agak berasa terkejut kerana pada tanggapan saya gerakan itu berakhir setelah gagalnya pungutan suara pada tahun 1995 untuk memisahkan wilayah berbahasa Perancis daripada Kanada.
Namun, hakikatnya, menurut BBC, gerakan pemisahan masih bertenaga, dan terbukti dengan kemenangan Parti Quebecois pimpinan Pauline Marois. "Puak pemisah kembali semula," The Economist mengingatkan sambil membayangkan pergolakan yang sedang menunggu.
Baru-baru ini, ketika Pauline berucap untuk meraikan kemenangan partinya, berlaku tembakan yang mengorbankan satu nyawa dan mencederakan seorang yang lain. Tembakan itu dikatakan disasarkan kepada beliau. Pauline dalam ucapannya itu menegaskan bahawa "masa depan Quebec adalah menjadi negara yang berdaulat."

Editor Bloomberg dalam respons terhadap kejadian tembakan dan kemenangan Pauline yang membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri di wilayah itu, mencadangkan supaya Quebece kekal dalam Kanada, meskipun wujud perbezaan warisan budaya dan bahasa. Dari segi ekonomi, hujah editor itu, Quebec masih bergantung kuat pada kerajaan Persekutuan.
Selain itu, meskipun pungutan suara yang diadakan itu dikalahkan oleh margin kurang satu peratus, tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan bahawa dua pertiga penduduk wilayah itu tidak menyokong pemisahan.
No comments:
Post a Comment