Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Persidangan Kebangsaan Republikan tempat mengatur strategi, menyusun gerak kerja, dan menggasak Presiden Barack Obama demi memastikan kemenangan di Rumah Putih dan Kongres mendapat liputan meluas, lebih-lebih lagi pada era Internet.
Kesungguhan atau keseriusan persidangan itu dapat dilihat, iaitu bukan sahaja tidak mempedulikan ancaman ribut Isaac, kecuali melewatkan persidangan satu hari, tetapi juga peringatan yang diberikan kepada para perwakilan agar tidak mengunjungi kelab tarian bogel di Tampa.
Dalam pada itu, pihak media yang membuat liputan persidangan itu masih mempunyai masa dan ruang untuk memberikan tumpuan pada perkara sampingan, seperti gincu pada gigi Condoleezza Rice, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, yang turut berucap dalam persidangan itu. Beliau dianggap sebagai negarawan dan simbol yang mampu menyelamatkan Mitt Romney dari segi keselamatan negara.
Sementara National Journal yang turut membuat liputan persidangan sempat juga mengetengahkan betis yang dan hiasan tambahan.
Banyak orang banyak ragam. Segala-galanya mempunyai nilai berita.
No comments:
Post a Comment