Pages

Saturday, July 21, 2012

Yu di Darat Kafeina di Laut

SABTU, 21 Julai 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bukan asam di darat, ikan di laut.

Hidangan sup sirip yu yang menjadi kegemaran ramai, mula dikeluarkan daripada menu, termasuk di beberapa hotel di Kuala Lumpur. Di Kanada, mula-mula di Toronto, kini di Calgary, "katakan tidak kepada sup sirip  yu." Di California, pada akhir tahun lalu,  kerajaan negeri mengharamkan penjualan, perdagangan, dan pemilikan  sirip yu mendorong pertubuhan Cina mengambil tindakan undang-undang.  Presiden Barack Obama mencetuskan kontroversi kerana beliau  menjamu selera di restoran Cina di San Francisco yang menjual sup sirip yu.

John R. Platt yang menulis dalam Mother Jones, mendedahkan sebanyak 100 juta ekor ikan yu dibunuh untuk menyediakan hidangan sup.  Di seluruh dunia, ikan yu dalam krisis, dengan populasi merosot 90 hingga 99 peratus dalam dekad kebelakangan, kebanyakan kerana untuk memenuhi selera: sup sirip yu. Menakjubkan 10.3 juta kilogram sirip yu dan produk berasaskan sirip yu diimport ke Hong Kong pada tahun 2011, memetik sumber Pew Charitable Trusts Environmental Group. Angka yu dibunuh tidak muktamad, anggarannyha berbeza-beza,  iaitu 38 juta ekor dan  100 juta ekor setahun.


Sementara berjuta-juta ekor ikan yu diangkut ke darat untuk memenuhi selera manusia, di Lautan Pasifik, menurut kajian Portland State University dan Washington State University, dicemari oleh kafeina. Kajian yang dipetik oleh The Atlantic Wire,  menunjukkan bahawa perairan Oregon dicemari oleh kafeina akibat perbuatan manusia, meningkat dengan ketara. 



No comments:

Post a Comment