Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Langkah jimat-cermat yang dilaksanakan di Eropah, lebih banyak mendatang keburukan daripada kebaikan. Dari segi sosial, langkah itu mencetuskan kekacauan, seperti yang berlaku di Greece dan Sepanyol sebagai contoh; dan bagi rakyat yang berasa tertekan, mereka bertindak membunuh diri. Dari segi politik, pemimpin atau parti yang melaksanakan langkah jimat-cermat menerima hukuman rakyat. Dari segi ekonomi, jimat-cermat jelas membantutkan pertumbuhan ekonomi, meskipun di Estonia terbukti bahawa langkah ini berkesan, seperti yang dibahaskan oleh Brendan Greeley dalam Bloomberg Businessweek, "Krugmenistan vs. Estonia."
Pendek kata, jimat-cermat memberikan kesan yang amat sangat dalam pelbagai bidang, termasuk percintaan, seperti yang dibincangkan oleh Petronella Wyatt dalam The Telegraph, ada yang terpaksa memutuskan hubungan mereka. Pada zaman jimat-cermat, cinta terlalu mahal.
Menurut kajian terbaharu oleh Cumbria Social Institute yang dipetik oleh Petronella, bilangan ibu tunggal yang berumur antara 35 tahun dengan 50 tahun meningkat sebanyak tujuh peratus dalam masa dua tahun lalu. Dan, nyata bahawa bagi kebanyakan wanita, untuk memiliki teman lelaki adalah terlalu mahal yang tidak termampu oleh mereka.
"Sekurang-kurangnya bagi wanitayang lebih matang," jelas beliau, "oleh sebab kos sara hidup meningkat, maka kelihatan mempunyai kos percintaan." Wanita tidak sanggup menanggung kos menginap di hotel yang mahal untuk bersama-sama teman mereka. Bahkan, ada yang menolak cadangan teman lelaki yang mencadangkan mereka kelihatan, seperti Sarah Jessica Parker.
Segala-galanya mahal, bukan sahaja kos sara hidup, tetapi kos percintaan. Jimat-cermat meragut kenikmatan yang dikecapi selama ini. Terpaksa menjimat segala-galanya.
Ada wang cik abang sayang, tak ada wang cik abang melayang.
No comments:
Post a Comment