Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Orang kaya memang wajar kaya? Dan, orang miskin pula perlu akur dengan nasib malang yang menimpa mereka? Justeru, lupakan ketidaksamaan? Dan, gerakan Menduduki Wall Street adalah sia-sia belaka?
Mempersoalkan kekayaan seseorang boleh menimbulkan tanggapan negatif, iaitu iri hati, meskipun kekayaan itu jelas terbukti dengan jalan yang tidak betul, seperti menipu, menggunakan naungan politik, "mencari sewa," menjadi penyangak, dan sebagainya.
Di Amerika Syarikat misalnya, meskipun perdebatan antara "cukai Obama" dengan "cukai Romney," seperti yang dibangkitkan oleh Robert Reich, lebih memihak kepada golongan kaya, dan pastinya, antara kedua-dua itu, tegas Derek Thompson, rancangan Mitt Romney adalah teruk kerana bermakna cukai tinggi untuk semua orang, kecuali golongan kaya.

Carta harian The Economist mendedahkan pandangan orang ramai di negara tertentu tentang golongan kaya. Kira-kira 39 peratus orand dewasan fikir bahawa paling orang kaya di negara mereka wajar dengan kekayaan mereka, menurut GlobeScan, yang dipetik oleh carta harian itu. Kajian itu melibatkan 12,000 orang responden di 23 buah negara.
Menduduki tangga teratas ialah orang ramai di Australia, iaitu lebih 60 peratus bersetuju bahawa orang paling kaya di negara mereka wajar dengan kekayaan mereka. Diikuti oleh orang ramai di Kanada dan Amerika Syarikat, iaitu kira-kira 58 peratus. Namun, yang memeranjatkan orang ramai di China, dengan kira-kira 50 peratus; hal ini mungkin berkaitan dengan kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia. Di negara itu, antara tahun 1985 hingga 2005, 600 juta orang berjaya keluar daripada kancah kemiskinan, manakala di Rusia, ekonomi dikuasi oleh puak oligarki yang mengaut sebahagian besar kekayaan, hanya 16 peratus berpendapat bahawa orang paling kaya di negara mereka wajar dengan kekayaan mereka.
No comments:
Post a Comment