Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sebut sahaja negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat, maka yang terbayang dengan pantas ialah China. Meskipun pertumbuhan ekonomi global masih lemah, seperti yang dilaporkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dipetik dalam blog ini pada 17 Julai, pertumbuhan China sekurang-kurangnya masih dapat bertahan. China, seperti yang dilaporkan, masih mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK) suku kedua tahun 2012 sebanyak 7.6 peratus, walaupun jatuh daripada 8.1 peratus dalam tiga bulan sebelum ini.
Justeru, agak aneh untuk mengatakan China bukannya negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun, itulah hakikatnya. Dan, negara itu memang tidak asing bagi kita di Malaysia kerana melibatkan pembunuhan dan politik: Mongolia.
Mongolia yang pernah diperintah oleh diktator Tabir Besi, kini seperti yang dibahaskan oleh Max Fisher dalam The Atlantic, mendakap demokrasi dan pasaran bebas. Negara itu kaya dengan sumber asli, seperti tembaga, emas, emas, uranium, dan mungkin arang batu. Meskipun saiz Mongolia tiga setengah ganda California, penduduk negara itu hanya 2.7 juta orang, lebih sedikit daripada penduduk pusat bandar Fuzhou, kota ke-30 terbesar di China.
Apakah kerajaan Malaysia akan mengambil peluang daripada kebangkitan Mongolia untuk meneroka perdagangan dan pelaburan? Untuk masa sekarang, mungkin jawapannya tidak!
No comments:
Post a Comment