Pages

Thursday, June 7, 2012

Sejarah Penyapu

KHAMIS, 7 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sebut sahaja penyapu, mungkin kebanyakan kita terbayang akan penyapu yang dihadiahi Dr. Khir Toyo kepada pegawai kanan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Selangor, atas alasan prestasi yang lemah. Peristiwa itu kini menjadi sebuah hikayat dan riwayat. Khir Toyo tidak lama kemudian, terpelanting dan sebuah kerajaan tumbang dalam Pilihan Raya Umum tahun 2008. Ibarat "sudah  jatuh ditimpa tangga," Khir Toyo yang hilang jawatan yang cukup besar itu, kini "sebelah kakinya" ke dalam penjara.

Penyapu juga mempunyai sejarah yang panjang, seperti yang diperkatakan oleh J. Bryan Lowder dalam Slate, yang akhirnya penyapu menjadi leper. Meskipun  tarikh sebenar penciptaan penyapu tidak diketahui, keprofesionalan pembikinan penyapu kelihatan bermula di England Anglo-Saxon. Pada tahun 1797, petadi dari Hadley, Massachusetts, brenama Levi Dickinson mempunyai idea untuk menggunakan rumput untuk membuat penyapu untuk isterinya, di samping beberapa penyapu yang lebih untuk dijaja kepada jiran-jirannya. 

Dengan kemajuan mesin penyapu dan reka bentuk Shaker, jelas Lowder, kepopularan pembikinan penyapu merebak dengan pantas di seluruh Amerika Syarikat, mencapai kemuncaknya pada tahun 1850 apabila lebih satu juta penyapu dibinia setiap tahun   di  Massachusetts sahaja, dan dijual hingga jauh ke Amerika Selatan. 


Rupa-rupanya penyapu mempunyai sejarah yang agak panjang juga, dan mungkin kerana itu, dari segi budaya, ada pantang larangnya. Melihat suratan takdir menimpa Khir Toyo yang "disapu," maka dapat dirumuskan, "penyapu makan tuan." 


No comments:

Post a Comment