Pages

Thursday, June 7, 2012

Limpahan Minyak

KHAMIS, 7 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sebagai pengguna, kenaikan harga minyak pastinya membimbangkan, mencemaskan mereka. Dalam keadaan tertentu, kejatuhan harga minyak boleh membawa petanda buruk bahawa berlaku kebekuan atau kemelesetan ekonomi.

Beberapa bulan lalu, kenaikan harga minyak mencemaskan kerana kenaikan itu akan membawa kenaikan paling kurang, harga makanan, dan seterusnya, berkemungkinan mencetuskan krisis makanan global.  Namun, dalam kerancakan kenaikan harga, tiba-tiba harga komoditi itu jatuh.  Minyak di London diniagakan AS$96 setong daripada AS$126 setong pada bulan Februari. 

Penurunan harga ini, jelas Brad Plumer dalam blog The Washington Post berpunca daripada penawaran dan permintaan.  Untuk pertama kali, dunia mengeluarkan lebih banyak minyak dengan permitaan terhadap komoditi tersebut. Limpahan minyak ini datangnya dari Amerika Syarikat dan Kanada, di samping daripada beberapa buah negara OPEC.  Sementara permintaan tinggi terhadap minyak yang kebanyakannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini datangnya dari empat buah negara, iaitu Arab Saudi, China, India, dan Brazil, sedangkan permintaan dari tiga negara terakhir itu jatuh.   

Kejatuhan harga minyak ini bukannya misteri.  Matthew Phillips yang menulis dalam BloombergBusinessweek mengingatkan, "Penjelasannya mudah:  Sejak Mac, dunia mengeluarkan lebih banyak minyak berbanding dengan penggunaannya.  Penggunaan minyak global merosot sejak akhir tahun 2011, jatuh kepada 88.5 juta tong sehari pada akhir April, daripada 90.4 juta tong sehari pada akhir Disember 2011.  Pada masa yang sama, pengeluaran minyak dunia meningkat secara stabil lebih setahun, dipacu oleh penemuan dan teknik penggerudian baru di Amerika Utara dan 10 peratus peningkatan pengeluaran dari OPEC dalam tempoh 12 bulan lalu.  Kali terakhir, penawaran mengatasi permintaan, jelas Phillips, pada tahun 2006.  


Dengan penurunan harga minyak ini, maka sekadar memetik Steve Levin yang menulis dalam Foreign Policy, "mampukah kita meneruskan kelangsungan pada zaman keemasan minyak?"


No comments:

Post a Comment