Pages

Wednesday, June 20, 2012

Mengapa Orang Menipu?

KHAMIS, 21 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Mengapa orang politik gemar berdusta?  Jawapan yang paling tepat kerana orang ramai terlalu ghairah mendengar pendustaan mereka.  Mereka bukan sekadar mulut terlopong, bahkan bersorak gegak-gempita sebagai memberikan respons terhadap pendustaan itu.    Tidak kurang juga "askar upahan" yang menjaja pendustaan orang politik  dunia maya, atau istilah yang popular sekarang, media sosial. Menggunakan hukum ekonomi mudah tentang pendustaan: permintaan dan penawaran.

Mengapa orang menipu? Jawapan yang lazim bagi sesetengah orang ialah keinginan terhadap seks.  Memetik kajian baru golongan profesional kaunseling yang dikeluarkan oleh YourTango.com menunjukkan bahawa ketidakpuasan emosi mendorong lelaki dan wanita untuk menyimpang.  Ketidakpuasan seksual merupakan faktor kedua yang paling lazim mendorong orang menipu. 


No comments:

Post a Comment