Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Setelah muncul dengan carta harian tentang bayaran setem di beberapa buah negara, yang kini memperlihatkan pejabat pos susah cari makan, bahkan di Amerika Syarikat, nyaris-nyaris ditutup, bahkan dicadangkan supaya Senat menyelamatkannya, seterusnya The Economist, menunjukkan pusing ganti dan prestasi ketua pegawai eksekutif.
Memetik kajian baru tentang pusing ganti CEO di 2500 buah syarikat awam terbesar di dunia oleh Booz & Company, yang menunjukkan bahawa syarikat melantik semula CEO selepas tempoh keberatan melakukan sedemikian ketika krisis kewangan tahun 2009-2010. Kadar pusing ganti CEO meningkat kepada 14.2 peratus, purata bersejarah tujuh tahunnya. Kajian itu juga menunjukkan bahawa syarikat sekali lagi melakukan eksperimen dengan melantik CEO dari luar organisasi mereka semula. Lantikan dari luar adalah 22 peratus daripada jumlah perlantikan CEO pada tahun 2011, peningkatan yang besar daripada 14 peratus pada tahun 2007, perbezaan ketara trend sedekad lalu terhadap orang dalam.
No comments:
Post a Comment