Pages

Saturday, May 12, 2012

Pemberontakan Bogel

SABTU, 12 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bermacam-macam cara manusia melancarkan protes.  Yang lazim, menggunakan kekerasan ialah merusuh di jalanan mengganggu ketenteraman awam.  Tidak kurang pula yang rela berkorban dengan membakar diri sendiri, atau "menyusahkan" diri sendiri, iaitu mogok lapar, seperti yang dilakukan oleh lebih 1600 orang banduan Palestin

Protes selalunya dikaitkan dengan perjuangan hak, tetapi hak kebebasan awam  tidak boleh dicampuradukkan dengan kedaulatan undang-undang.  Juga dikatakan bahawa hak individu tidak boleh mengatasi hak masyarakat.  Satu protes yang panjang dan hingga kini masih berterusan ialah Menduduki Wall Street.


Mogok lapar yang menarik perhatian dunia  melibatkan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko yang dipenjarakan,  yang mencetuskan krisis diplomatik.   Tatkala mogok lapar itu kelihatan reda kerana beliau menamatkannya, keluar cerita yang lebih menarik tentang protes di negara itu. 


Seperti yang dilaporkan oleh Spiegel Online International tentang politik badan di Ukraine apabila aktivis berbogel untuk mengubah dunia. Kumpulan ini mendapat perhatian di seluruh dunia dengan mendedahkan tetek mereka untuk menunjukkan bantahan terhadap pelacuran, ekspolaitasi, dan rasuah.  Namun, tidak dapat dipastikan, sama ada tindakan berbogel dapat mengubah segala-galanya, ataupun aktivis ini sekadar menyediakan imej untuk media yang gilakan berita seks. 


"Gerakan" ini melibatkan tiga gadis berusia dalam lingkungan 20-an tahun, iaitu Oksana Schachko, Anna Hutsol, dan Sasha Shevchenko.  Pada mulanya mereka tinggal di Khmelytskyi, kota yang didiami oleh 300,000 penduduk dan mempunyai dua reaktor nuklear.  Di kota itu, sukar untuk mendapatkan pekerjaan, dan kaum lelaki asyik mabuk. Ketiga-tiga gadis itu menghabiskan petang yang panjang membicangkan falsafah, Marxisme, dan situasi wanita dalam masyarakat pasca-Soviet.  Mereka memutuskan daripada berkahwin, lebih baik mereka membawa perubahan: Marxisme dan bukannya perkahwinan. 


Bermula hanya tiga orang, kini menjadi gerakan, yang anggotanya terdiri daripada pelajar, wartawan, dan ahli ekonomi, merebak ke seluruh Ukraine dan termasuk lebih 300 wanita.  Menggelar diri mereka "Femen," mereka memulakan gerakan yang juga mendapat perhatian wanita di Tunisia dan Amerika Syarikat. Gerakan ini, bahkan menggalakkan aktivis hak wanita berpengalaman untuk berbogel. 


Kempen protes itu biasanya bermula di Cafe Kupidon yang terletak di Pushkin Street.  Kafe tanpa jendela ini dilgunakan sebagai ibu pejabat, pejabat, dan pusat akhbar Femen.  Di kafe inilah aktivis mengambil anggota baru, meskipun sesetengahnya tidak perlu diambil.  Kumpulan ini telah pun termasuk 30 aktivis bogel, wanita muda yang menarik dan idealistik. Mereka berjumpa di kafe ini, tempat mereka minum jus epal dan merokok.


Jika tubuh wanita boleh dijual untuk hiburan dan pelacuran, maka bagi aktivis gerakan ini, tubuh mereka wanita juga boleh dijual untuk idea sosial.  Mereka melancarkan protes pertama pada musim panas tahun 2008, apabila mereka turun ke jalanan dengan berpakaian pelacur.  "Ukraine bukan sarang pelacuran," teriak mereka.  Protes itu menarik perhatian media dan segera mencetuskan perdebatan.  


"Mereka bertempik dan menayangkan tubuh mereka" bukan sahaja di Ukraine, tetapi juga di seluruh Eropah. Sama ada di Paris ataupun di Kiev, mereka melakukan protes dengan mendedahkan bahagian atas tubuh mereka kerana mereka ingin memerikan tetek sebagai simbol dalam konteks yang berbeza.  Tetek juga, menurut mereka boleh menjadi politik.



No comments:

Post a Comment