Pages

Saturday, May 12, 2012

Kecoh Gara-gara Anak Hisap Tetek Ibu

SABTU, 12 Mei 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jonathan Jones pernah menulis dalam The Guardian mengkritik kulit depan majalah yang seolah-olahnya contoh grafik  yang seks dapat menjual feminisme.  Majalah tersebut, iaitu  Newsweek dan Foreign Policy mungkin secara silap dilihat sebagai penunjuk keburukan kepura-puraan dan  kedangkalan masyarakat sekular Barat.  Sementara Foreign Policy mempromosikan sifat wanita di Timur Tengah dengan fotograf model dengan badan berbogel yang digambarkan supaya kelihatan jika dia menutup aurat mengikut ajaran Islam, manakala kulit depan Newsweek menggunakan model berbogel yang lain, kali ini memakai sutera hitam untuk menutup mata. 

Sesetengah orang, bahas Jones, mungkin berkata bahawa masyarakat Barat tidak henti-henti menunjukkan wanita sebagai komoditi seksual, seperti dicirikan oleh gambar dalam dua majalah tersebut merupakan hujah yang sangat baik untuk "sifat rendah hati" agama.  Akan tetapi, dari segi realiti, mereka mendedahkan masyarakat bebas secara tulen yang wanita bercakap secara amat lantang.  Kedua-duanya menarik perhatian terhadap  tulisan jitu kewartawanan tentang wanita oleh wanita.  Jual seks dan jual feminisme juga.

Mungkin tidak banyak orang memberikan perhatian terhadap kritikan Jones itu, berbanding dengan yang berlaku sehari dua ini, juga tentang kulit depan majalah. Kali ini, Time keluaran 21 Mei, menjadi sasaran gara-gara gambar kulit depan si anak lelaki berusia tiga tahun  menghisap tetek ibunya yang masih muda, iaitu Lynne Grumet dari Los Angeles. Tajuk berita "Are You Mom Enough" benar-benar mencetuskan Perang Ibu. Diakui bahawa memang lazim si ibu menyusukan anaknya, tetapi dengan anak berdiri di atas kerusi dan si ibu pula berdiri di hadapannya seakan-akan si ibu air pancut bukannya cara untuk menggambarkan perkara ini. "Gambar itu tidak kelihatan ibu yang penyayang dan prihatin, tetapi kelihatan wania yang ingkar, mencabar anda untuk memberitahu dia untuk melindungi dan/atau mencerai susu anaknya." 

Editor Urusan Time, Rick Stengel dalam respons memberitahu MSNBC, "Kami menggunakan imej yang menunjukkan kemesraan ibu dan anak.  Kulit depan itu bermaksud untuk mendapatkan perhatian anda.  Kulit depan itu mendapat  perhatian anda.  Saya fikir ini merupakan debat yang sah. Debat yang banyak melibatkan wanita."

Kulit depan itu, yang juga mendapat liputan Los Angeles Times, menerima reaksi yang kuat. Alexandra Petri  dalam blog The Washington Post, "obsesi porno ibu" merujuk kulit depan  majalah berita itu.

Pengalaman berkhidmat sebagai editor majalah, kemudian ketua editor, dan akhir sekali, pengarah penerbitan (yang Bahagian Majalah di bawah tanggungjawab saya) di Dewan Bahasa dan Pustaka, saya dihantui oleh kulit majalah.  Meskipun sebelum dicetak segala-galanya kelihatan sempurna, elok, apabila terbit ada sahaja kekurangannya lalu timbul perasaan tidak puas hati.


No comments:

Post a Comment