Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pada awal
Februari, tanpa pesta-pestaan dan meriah-meriah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengisytiharkan berakhirnya kebuluran di Tanduk Afrika.Suatu berita
yang dialu-alukan, apabila berlaku kemarau terburuk dalam 60 tahun merosakkan
wilayah itu, dengan 13 juta orang terpaksa bergelut dengan kebuluran.
Sementara Afrika, menurut tinjuan ekonomi tahun 2012, muncul sebagai salah wilayah yang mengalami
pertumbuhan yang pesat di dunia - menggambarkan bahawa benua itu seolah-olahnya
tidak lagi terus bergelut dengan krisis makanan, tetapi hakikatnya, tidak seindah itu.
Laporan terbaharu menunjukkan seorang dalam empat orang kanak-kanak menghadapi pemakanan tidak seimbang yang teruk atau terbantut. Pemakanan tidak seimbang membunuh sebanyak 2.6 juta orang kanak-kanak dan 100,000 orang ibu setiap tahun.
Memetik Cargill, syarikat perdagangan bijian, carta harian The Economist menunjukkan wilayah manakah di dunia ini mempunyai lebihan atau defisit makanan, dan bagaimana import dan eksport berubah sejak tahun 1965. Perubahan besar dalam pengeluaran makan pada masa itu datangnya dari Amerika Selatan (terutamanya Brazil) dan di Eropah Timur (Rusia terutamanya). Kebimbangan adalah bahawa peningkatan ini turun kepada faktor sekala: perkebunan tanah yang diterbiar di Brazil dan keruntuhan Komunisme di Rusia.

Sementara itu, dari segi penggunaan, kelihatan seakan-akan bahawa Asia dan Timur Tengah dan Afrika akan terus memerlukan import yang meningkat untuk menampung keperluan jumlah penduduk yang meningkat. Untuk menampung keperluan sendiri pada setengah abad akan datang, dunia memerlukan revolusi pertanian di Afrika.
No comments:
Post a Comment