Pages

Wednesday, April 18, 2012

IMF: Pemulihan Global Lemah

KHAMIS, 19  April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberikan amaran bahawa  krisis hutang Eropah akan tercetus semula pada bila-bila masa dan mengheret semula ekonomi global ke dalam kemelesetan yang yang dalam.

Dalam World Economic Outlook terbaharu,  IMF menyatakan bahawa pemulihan ekonomi global adalah lemah dan risiko terjebak semula dalam kemelesetan adalah tinggi. Dalam kalangan negara perindustrian G-7, Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun dijangkakan mengalami pertumbuhan yang pesat pada tahun ini, dengan pertumbuhan kira-kira dua peratus.  United Kingdom dijangkakan tumbuh 0.8 peratus, tinggi sedikit jika dibandingkan dengan 0.7 peratus yang dicatatkan pada tahun lalu. 

Kadar pertumbuhan China yang jatuh daripada 10.2 peratus pada tahun 2010 kepada 9.2 peratus tahun lalu, dijangkakan terus berkurangan, iaitu kepada 8.2 peratus pada tahun 2012.  Sementara Afrika Sub-Sahara diramalkan mengekalkan kadar pertumbuhannya baru-baru ini, iaitu lebih lima peratus. 

IMF juga mengingatkan bahawa risko  bank-bank Eropah mencetuskan kerkah kredit yang besar jika bank berkenaan semuanya mengambil tindakan drastik untuk membaiki kunci kira-kira pada masa yang sama. IMF menjangkakan 58 bank terbesar di Kesatuan Eropah mengecil sebanyak AS$2.6 bilion pada akhir tahun 2013 atau hampir tujuh peratus aset mereka.  Bank-bank Eropah, menurut IMF,  boleh dipaksa menjual aset mereka sebanyak AS$3.8 trilion sepanjang tahun 2013 dan mengawal pemberian pinjaman jika kerajaan tidak dapat memenuhi janji mereka untuk menahan krisis hutang kedaulatan atau menghadapi kejutan yang dinding kebakaran mereka tidak dapat kawal. 

Sebelum laporan IMF itu dikeluarkan, Paul Krugman, melalui kolumnya dalam The New York Times, membahaskan "bunuh diri ekonomi Eropah."  Benua itu, bahas beliau, mempunyai beberapa tahun pengalaman dengan program jimat-cermat yang keras, dan akibatnya ialah benar-benar apa yang pelajar sejarah beritahu anda apa yang berlaku:  program tersebut mengasak ekonomi ke dalam kemelesetan yang lebih dalam.  Dan, oleh sebab para pelabur memerhatikan keadaan ekonomi negara apabila menilai kemampuan negara berkenaan membayar balik hutang, program jimat-cermat, bahkan tidak berfungi sebagai cara untuk mengurangkan kos peminjaman.

Krugman mengingatkan bahawa jika para pemimpin Eropah benar-benar mahu menyelamatkan euro, mereka sepatutnya melihat laluan alternatif.  Dan, bentuk alternatif sedemikian sebenarnya kelihatan jelas.  Benua itu lebih memerlukan dasar monetari yang berkembang.



No comments:

Post a Comment