Pages

Wednesday, February 15, 2012

Noam Chomsky: Hegemoni dan Dilemanya

KHAMIS,  16  Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Agak lama juga saya tidak membaca tulisan Noam Chomsky.  Seingat saya, kali terakhir saya membaca tulisan beliau kira-kira setahun lalu apabila beliau menulis dalam The Guardian tentang Pemberontakan Arab.  Tiga buah buku beliau yang saya peroleh ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt tahun 2004, belum habis saya baca, hanya membaca sekali-sekala atau merujuk jika perlu.   

Baru-baru ini, saya menerima melalui e-mel tulisan Chomsky yang dikirimkan oleh TomDispatch.com. "Hegemony and Its Dilemmas."  Makalah pertama daripada tiga makalah ini juga diterbitkan dalam The Huffington Post  dan The Guardian, bahawa kemerosotan Amerika Syarikat adalah benar. 

Pastinya, kemerosotan Amerika Syarikat bukannya topik yang baru sama sekali kerana sejak dekad pertama abad ini, beberapa orang sarjana dan penulis telah membincangkan, antaranya Immanuel Wallerstein, Samir Amin,  Charles A. Kupchan, dan George Soros.  Tidak kurang yang menulis dalam akhbar, majalah, dan jurnal, antaranya yang agak terkini, ialah  Robert D. Kaplan dalam The Washington Post dan  Zbigniew Brzezinski dalam Foreign Policy.  Seterusnya, kebangkitan dan kejatuhan Empayar Amerika diperdebatkan dalam majalah ini.  


Selalunya,  kemerosotan Amerika dilihat selari dengan  kebangkitan China, tetapi ada kalanya diragui  bahawa apakah China akan menggantikan Amerika Syarikat.  Michael Crowley menulis dalam Time  merujuk buku terbaharu Robert Kagan, The World America Made, yang mencabar idea bahawa Amerika Syarikat merosot.  


Menurut tafsiran Barack Obama, seperti yang dihujahkan oleh Fareed Zakaria dalam Time, "di perilngkat antarabangsa, Amerika Syarikat mesti bertindak bersama-sama negara lain.  Kepimpinan Amerika yang mengiktiraf kebangkitan negara, seperti China, India, dan Brazil.  Sememangnya, kepimpinan Amerika Syarikat yang mengakui keterbatasan kita dari segi sumber dan kapasiti."



Sebenarnya, Amerika Syarikat telah lama kehilangan hegemoninya, paling tidak, sejak kekalahannya dalam Perang Vietnam pada pertengahan tahun 1970-an.  Namun, sejak akhir-akhir ini kian ketara, apabila negara itu bergelut dengan krisis ekonomi. 



No comments:

Post a Comment