Pages

Tuesday, February 14, 2012

Negara Eropah Turun Gred

SELASA,  14  Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tatkala Greece masih menunggu  pelan penyelamat kedua diluluskan oleh 17 buah negara zon euro   dan Eropah dijangkakan terhumban semula ke dalam krisis hutang agensi penarafan kredit, Moody's Investors Service mengeluarkan amaran kredit terhadap sembilan buah negara Eropah, termasuk United Kingdom.  

Moody's juga, menurut Bloomberg,  memotong penarafan hutang enam buah negara Eropah, termasuk Italy, Sepanyol, dan Portugal, dan mengingatkan mungkin menanggalkan penarafan Aaa untuk Perancis dan United Kingdom, dengan alasan krisis hutang Eropah.   Sepanyol diturunkan gred daripada A1 kepada A3, Italy daripada A2 kepada A3, dan Portugal daripada Ba2 kepada Ba3, semuanya dengan tinjauan negatif.  Sementara Slovakia, Slovenia, dan Malta juga diturunkan gred. 

Eropah, menurut Moody's "semakin lemah prospek makroekonomi" mengancam "pelaksanaan program jimat-cermat domestik dan pembaharuan struktur yang diperlukan untuk menggalakkan daya saing." 


No comments:

Post a Comment