Pages

Wednesday, February 1, 2012

Lesen untuk Membunuh

RABU,  1  Februari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada akhir September tahun lalu, agensi berita kerajaan Yaman melaporkan bahawa Anwar al-Awlaki, ulama radikal kelahiran mati dibunuh bersama-sama pengawal peribadinya dalam satu operasi. Pembunuhan itu, seperti yang menjadi pengetahuan umum, dilakukan atas arahan Washington mencetuskan kontroversi kerana Anwar warga Amerika yang sepatutnya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.  Presiden Barack Obama dikatakan memulakan satu teladan yang bahaya, iaitu membunuh mana-mana warga Amerika yang disyaki pengganas. 

Setelah berbulan-bulan debat dalaman, Pentadbiran Obama,  seperti yang didedahkan oleh Daniel Klaidman dalam Newsweek, merancang untuk memaklumkan kepada orang ramai alasan undang-undang di sebalik keputusan untuk pemimpin al-Qaeda kelahiran Amerika. Klaidman juga mendedahkan bahawa anggota Pentadbiran Obama adalah berbelah bahagi tentang keputusan untuk pemakluman itu. 

Dalam wawancara dengan program 60 Minutes CBS, Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta mendedahkan lebih banyak proses rahsia yang Pentadbiran Obama gunakan untuk membunuh warga Amerika yang disyaki pengganas tanpa perbincaraan.  Menurut Panetta, Presiden sendiri yang meluluskan keputusan berdasarkan cadangan daripada pegawai keselamatan negara atasan. 

Wawancara itu, seperti yang  dirujuk  oleh Adam Serwer dalam Mother Jones memetik Panetta bahawa "Presiden Amerika Syarikat secara jelas mengkaji  kes kini, mengkaji justifikasi undang-undang, dan akhir berkata, laksanakan atau tidak laksanakan."  Panetta juga mengesahkan bahawa bukan beliau yang membuat keputusan itu.

Namun, bahas Serwer, penjelasan Panetta tidak banyak kerumitan berbanding dengan "apabila kita mengatakan seseorang itu pengganas, maka kita boleh membunuh orang itu kerana dia pengganas." Persoalannya, adalah untuk menentukan, sama ada seseorang itu benar-benar bersalah ataupun tidak.  

"Metafora Setiausaha Pertahanan," tulis Serwer, "adalah bahawa anda boleh menembak balas apabila seseorang 'mengacu pistol ke kepala anda' - mungkin mewajarkan pembunuhan warga Amerika yang berjuang di medan pertarungan sebenar, seperti Afghanistan."

Setelah berjaya membunuh Osama bin Laden, kemudian Anwar al-Awlaki, apakah Presiden Obama begitu ghairah menggunakan "lesen untuk membunuh?"


No comments:

Post a Comment