Pages

Tuesday, January 10, 2012

Naga Libas Uncle Sam

SELASA,  10   Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


China kini mengekori rapat Amerika Syarikat yang masih menduduki tempat pertama ekonomi dunia.  Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China memperlihatkan kemajuan ekonomi yang luar biasa, dengan pertumbuhan lebih sembilan peratus, sedangkan banyak negara maju masih terhegeh-hegeh, masih bergelut dengan krisis ekonomi yang belum reda.  Selepas menyingkirkan Jerman untuk tempat ketiga, China terus mara dengan mengetepikan Jepun untuk tempat kedua.  

The Economist cuba menunjukkan persaingan antara Amerika Syarikat dengan China dalam menguasai mercu ekonomi global.  Kuasa ekonomi, jelas majalah tersebut, adalah diukur dengan baik dengan melihat saiz mutlak berbanding dengan ukuran per orang.  Dari segi beberapa petunjuk, seperti penggunaan keluli, pemilik telefon mudah alih, menggelogok bir (ujian penting kelebihan ekonomi, peristiwa penting telah diukir selama sedekad lalu. Beberapa yang lain turut dicipta sejak itu.  Pada tahun 2011, eksport China kira-kira 30 peratus lebih berbanding dengan Amerika Syarikat dan membelanjakan kira-kira 40 peratus lebih terhadap pelaburan modal tetap.  China merupakan pembuat atau pengilang terbesar dunia, dan sebahagiannya sebagai akibat, China membakar kira-kira 10 peratus lebih tenaga dan mengeluarkan hampir 40 peratus lebih gas rumah hijau berbanding dengan Amerika. 


Pada tahun 2011, seperti yang dianggarkan oleh majalah itu, lebih banyak paten diberikan kepada penduduk di China berbanding dengan penduduk di Amerika.  Seperti yang ditunjukkan oleh World Competitiveness Report yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia, China menduduki tempat ke-31 daripada 142 negara dari segi kualiti pendidikan matematik dan sains, jauh mendahului Amerika yang menduduki tempat ke-51.  China mempunyai aset asing bersih AS$2 trilion, manakala mempunyai hutang bersih AS$2.5 trilion.


Pada tahun 2011, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika kira-kira dua kali lebih besar daripada China, jatuh daripada lapan kali pada tahun 2000. China dijangkakan memotong Amerika pada tahun 2018, setahun lebih awal daripada yang diramalkan pada Disember 2010 kerana KDNK China dari segi dolar meningkat lebih banyak daripada yang dijangkakan pada tahun 2011.  Dari segi KDNK yang digunakan secara meluas untuk mengukur kuasa ekonomi, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan KDNK China akn mengatasi Amerika pada tahu 2016 jika diukur pada asas pariti kuasa beli (PPP), yang diselaraskan untuk fakta bahawa harga lebih rendah di negara miskin.  


Walau bagaimanapun, The Economist menegaskan bahawa bahkan jika China muncul sebagai ekonomi terbesar dunia pada tahun 2018, Amerika masih kekal banyak orang kaya, dengan per orang KDNK empat kali besar jika dibandingkan dengan yang di China.


Dalam analisis 21 petunjuk yang berbeza yang dipilih oleh majalah itu, mendapati bahawa China telah memotong Amerika lebih separuh dan akan akan menduduki tempat teratas akhirnya semuanya dalam satu dekad. 




The Economist juga menggunakan data Pew Global Attitudes Project,  yang menanyakan beribu-ribu orang di seluruh dunia manakah negara yang mereka fikirkan ialah kuasa ekonomi utama.  China dilihat mengambil alih Amerika Syarikat sebagai kuasa besar global.  Beberapa negara Eropah Barat, seperti Sepanyol, Jerman, Britain, dan Perancis, yakin China menerajui ekonomi dunia. 







No comments:

Post a Comment