Pages

Thursday, January 12, 2012

Hilang dalam Terjemahan

KHAMIS,  12  Januari  2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kesilapan terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris tentang arahan berpakaian yang dinyatakan oleh Kementerian Pertahanan bukan sahaja satu Malaya, tetapi juga ke satu dunia.  Melalui Facebook, kita dimaklumkan kesilapan itu juga mendapat liputan The Wall Street Journal.  Beberapa hari lalu, ketua editor sebuah akhbar Inggeris tempatan menulis melalui kolumnya tentang perkara ini.  Melalui surat pembaca yang diterbitkan dalam akhbar itu mula kedengaran akan perlunya Pengajaran dan Pembelalajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris  (PPSMI). Mungkin penulis berkenaan lupa bahawa  kini masuk tahun ke-10 PPSMI dilaksanakan.  Justeru, apa-apa sahaja kelemahan penggunaan bahasa Inggeris,  PPSMI tidak adalah sebahagian puncanya!  Maksudnya,  PPPSMI tidak boleh "cuci tangan."

Sebenarnya, ada  motif sebenar mengapa akhbar Inggeris tempatan membesar-besarkan kelemahan terjemahan ini, tetapi tidak pernah menyentuh kelemahan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan yang berleluasa dan  amat menjijikkan. Motifnya, teruskan PPSMI!

Melihat heboh dan gamatnya kesilapan yang dilakukan oleh Kementerian Pertahanan itu, saya teringat bahawa beberapa minggu lalu, saya pernah membaca tulisan Philip B. Corbett, "Lost in Translation."   Dalam tulisan yang diterbitkan dalam The New York Times  -  pernah saya "poskan" dalam Facebook, Corbett menulis, "Kita melakukan banyak kesilapan dalam bahasa Inggeris, memang  kita menerbitkan banyak perkataan dalam bahasa Inggeris."  Tambah beliau, "Kita menerbitkan terlalu kurang perkataan dalam bahasa Perancis, Latin, dan bahasa asing lain.  Perkara baik juga, kerana kadar kesilapan kita  apabila kita berani pergi daripada bahasa ibunda kita kelihatan kira-kira 50 peratus."

Tegas Corbett, "Seperti yang saya katakan sebelum ini.  Di sini lagi sekali.  Secara am, memang bijak untuk berpegang pada bahasa Inggeris.  Dan apabila kita tidak dapat mengelakkan atau tidak dapat menolak perkataan atau frasa asing, kita sepatutnya menyemak tiga kali ganda demi memastikan kita betul dari segi ejaan, aksen, dan makna."

Dalam tulisan tersebut, Corbett menyenaraikan kesilapan dari segi tatabahasa, gaya, dan sebagainya  dalam bahasa Inggeris - lingua franca terakhir, memetik Nicholas Ostler. 

No comments:

Post a Comment