Pages

Sunday, December 18, 2011

Macedonia: Nama yang Mencetuskan Pertikaian

AHAD,  18  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Majalah The Economist keluaran 10 - 16 Disember melaporkan  Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)  di The Hague pada 5 Disember membuat keputusan yang membawa kemenangan kepada Macedonia.  Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1991, Macedonia  terjebak dalam pertikaian yang melesukan dengan Greece berhubung nama negara itu.  

Namun, kemenangan itu kelihatan tidak bererti sekurang-kurangnya sekarang. ICJ enggan mengarahkan Greece untuk menyekat kelakuan yang sama pada masa akan datang, dengan hujah tidak ada alasan untuk menjangkakan negara itu akan melakukan perkara yang sama lagi.  

ICJ dalam keputusannya menegaskan bahawa Greece adalah silap untuk menghalang permohonan Macedonia untuk menyertai Nato pada tahun 2008 kerana pertikaian nama negara itu. "Athens sepatutnya akur dengan urus janji tahun 1995 tidak menghalang permohonan Macedonia jika permohonan itu dikemukakan atas nama Bekas Republik Yugoslav Macedonia.  

Pertikaian antara kedua-dua negara yang berjiran itu terbawa-bawa kepada menuntut warisan:  Alexander the Great.  Kerajaan Macedonia kini membina patung yang menyerupai wira itu di Skopje, untuk mengagung-agungkan kemegahan lampau,  yang menambahkan  lagi keberangan Athens kerana menganggap tindakan itu sebagai provokatif. Meskipun keagungan Alexander dipersoalkan, kedua-dua negara tetap menuntut legenda  itu sebagai wira masing-masing.  

Apa ada pada nama, dengan itu, nama boleh dianggap mudah, tidak selalunya benar.  


No comments:

Post a Comment