Pages

Saturday, December 10, 2011

Dari Rusia dengan Protes

SABTU,  10  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada hari ini,  dilaporkan bahawa rakyat Rusia akan melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran di Moscow,  juga  di   kota-kota lain di negara itu.  Penunjuk peraaan mendesak pembatalan keputusan pilihan raya baru-baru ini dan mengadakan pilihan raya baru.  Parti Rusia Bersatu, iaitu parti Perdana Menteri, Vladimir Putin, meskipun masih meraih kemenangan majoriti di Parlimen, parti ini  kehilangan banyak kerusi yang dimenangninya sebelum ini.  Dalam pilihan raya terbaharu ini, Parti Rusia Bersatu memenangi 238 kerusi, manakala Parti Komunis 92 kerusi, Rusia Saksama 64 kerusi, dan 56 kerusi untuk Parti Demokrat Liberal.  Namun, penunjuk perasaan mendakwa keputusan itu merupakan penipuan. 

Sementara itu, The Guardian melaporkan bahawa Vladimir Putin bersiap sedia untuk menghadapi tentangan terbesar sepanjang pemerintahannya  apabila berpuluh-puluh ribu orang Rusia berjanji untuk turun ke jalan-jalan pada hari ini dalam gelombang popular ketidakpuasaan yang tidak berlaku sejak beliau berkuasa 12 tahun lalu.  Lebih 35,000 orang menunjukkan melalui Facebook bahawa mereka merancang untuk menyertai protes di Moscow.  Selepas satu hari berunding penuh tegang, penganjur protes bersetuju dengan tuntutan kerajaan bandar raya untuk berpindah dari Dataran Revolusi ke Dataran Bolotnya, jauh dari Kremlin. Sesetengah penunjuk perasaan melahirkan kebimbangan bahawa tapak itu, di sebuah pulau yang boleh dikunjungi melalui jambatan, boleh disekat oleh polis. 

Pihak berkuasa Rusia membenarkan pembangkang melancarkan protes besar-besaran terhadap penipuan pilihan raya berikutan tindakan keras polis terhadap beberapa demonstrasi yang tidak dibenarkan sebelum ini pada minggu ini. 

Kali ini, golongan kelas menengah bangkit  menentang Putin.  Meskipun penunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya yang menurut mereka berlaku penipuan, akar umbi masalah dikatakan berpunca daripada keputusn Putin untuk bertanding jawatan Presiden pada bulan Mac depan.   Bagi mereka, segala-galanya sudah  cukup untuk beliau.  Dengan kehadiran penunjuk perasaan pada hari ini di Moscow dan kota-kota lain, pastinya merupakan hari terbesar protes sejak era Putin bermula, tetapi persoalan besar apakah yang berlaku seterusnya.  Sebagaimana protes di tempat-tempat lain di dunia ini, media sosial, iaitu Facebook dan Twitter digunakan secara meluas oleh penunjuk perasaan.  

Sesuatu yang menarik berhubung dengan penglibatan golongan kelas menengah ialah golongan ini  dilahirkan ketika kenaikan harga minyak era Putin.  Organisasi kumpulan pemikir yang berkait dengan kerajaan menganggarkan  jumlah kelas menengah kini adalah 20 peratus penduduk Rusia, angka ini dijangkakan berganda pada tahun 2020 dan mencetuskan desakan yang semakin meningkat untuk pembaharuan politik.  Akan tetapi, kelajuan yang angin  atau mood berubah memang memeranjatkan hampir setiap orang.

Julia Ioffe yang menulis dalam The New Yorker, bahkan jika jumlah yang hadir hanya separuh daripada kira-kira 35,000 orang, jumlah ini tidak pernah berlaku bagi rejim yang menjadi pakar dalam melucutkan hak undi, menghalang, dan meminggirkan sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, semuanya tanpa menumpahkan banyak darah atau memenjarakan daripada mangsa contoh sekali-sekala.  Semuanya kelihatan, benar-benar adalah memesongkan orang ramai dengan perangkap kemewahan Barat, seperti bar sushi, percutian di luar negara, kereta, iPhone, bagaimanapun memperlihatkan kurangnya kenormalan. 

"Peristiwa beberapa hari lalu," tulis Julia Ioffe, "benar-benar menghairankan dan perbeza secara radikal daripada apa-apa yang Rusia Putin lihat sebelum ini: beribu-ribu remaja, golongan terpelajar, kelas menengah yang mempunyai sesuatu untuk hilang membanjiri jalan-jalan hanya kerana benar-benar bosan, meskipun wujud kemewahan, dan agaknya mungkin kerana kemewahan itu. Orang ramai yang, sama ada,  tidak pernah peduli tentang politik, ataupun berasa takut untuk mencuba-cuba dalam politik; orang ramai yang memiliki perniagaan atau yang tidak boleh kelihatan secara terbuka bergiat dalam politik pembangkang; dan bahkan orang ramai yang bersubahat secara sinis, secara oportunis menyebarkan gospel Parti Rusia Bersatu - semuanya bagai hendak gila membincangkan protes, memasang riben  putih (simbol baru protes), dan mengerah sahabat dan keluarga mereka datang pada hari Sabtu."

Tambah beliau, "kita boleh menjangkakan bukan hanya wajah jelas, iaitu aktivisi masyarakat sivil, wartawan yang cenderung pada fahaman liberal, tetapi juga banker pelaburan, dan bahkan golongan birokrat.  Semangat minggu lalu memeranjatkan dan bergerak dalam cara yang pemberita objektif tidak sepatutnya mengakui digerakkan."

Kebangkitan dan protes berlaku di mana-mana sahaja dari Dataran Tahrir ke Wall Street, dan kini Kremlin.  Juga tidak ketinggalan di zon euro yang bergelut dengan krisis hutang.


No comments:

Post a Comment