Pages

Tuesday, November 22, 2011

Dataran Tahrir Bergolak Semula

SELASA,  22  November 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dari Dataran Tahrir ke Wall Street, tetapi kini balik semula ke dataran yang menyaksikan tumbangnya Presiden Hosni Mubarak. Akhbar pada hari Isnin semalam melaporkan bahawa keganasan tercetus di Mesir sebelum pilihan raya umum minggu depan adalah keadaan tidak terkawal berterusan apabila tentera menyerang beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkampung di Dataran Tahrir, Kaherah.  Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan terbunuh.  Sembilan bulan kemudian, Kaherah menjadi medan pertempuran semula tanpa tanda untuk berundur,  berlanjutan ke malam ketiga  Apabila  Dataran Tahrir bergolak semula, apakah maknanya semuanya untuk revolusi?

Dalam ulasannya terhadap keganasan terbaharu di Dataran Tahrir, editorial The Guardian bahawa dalam 10 bulan lalu, tidak wujud kekurangan orang Mesir yang sengsara dari segi peribadi akibat transformasi pemerintahan tentera, daripada wira revolusi kepada menerima balasannya: penulis blog disumbatkan ke dalam penjara; penunjuk perasaan dibunuh; orang awam dibicarakan di  mahkamah tentera; pemerintahan darurat berterusan; orang  Kristian Coptic ditembak; perbiraan Hosni Mubarak  tergendala. Editorial itu menyalahkan "tentera Mesir tidak lagi merupakan penjaga revolusi."  

Demikian juga editorial The Washington Post, bahawa kegagalan pemerintah tentera Mesir untuk memperlihatkan kenyataan yang jelas kepada rancangan dan jadual untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih secara demokratik.  Penyelesaiannya memang jelas:  jeneral mesti dengan segera menerima road map tersebut yang menyediakan peralihan politik dalam hanya beberapa bulan.

"Presiden Obama mesti mengutuk tindakan tentera Mesir itu," tulis Jodie Evans.  "Tatkala kita memerhatikan polis dan tentera Mesir menyerang secara kejam terhadap aktivis demokrasi di jalan-jalan di Kaherah, menggunakan senjata Amerika Syarikat, ini suatu perbuatan kejam yang Pentadbiran Obama gagal mengeluarkan kutukan yang kuat terhadap percubaan terbaharu untuk menghancurkan revolusi yang menjadi inspirasi orang ramai di seluruh dunia, termasuk berjuta-juta orang Amerika." 

Berikutan krisis terbaharu itu,  kerajaan tentera yang dilantik dilaporkan  menawarkan perletakan  jawatan.  "Mendalamkan lagi krisis, iaitu pertumpahan darah semakin menjadi-jadi dalam pertarungan kuasa di Mesir pasca-Mubarak, dengan garis pemisahan semakin kompleks," bahas Tony Karon.   

Dataran Tahrir sering berubah wajah, sebuah harapan yang sering dihantui oleh mimpi ngeri, terpaksa membayar harga yang tinggi untuk sebuah revolusi dunia.  



No comments:

Post a Comment