Pages

Thursday, June 13, 2013

Negara Membangun Kuasai KDNK Dunia

KHAMIS, 13  Jun 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Setelah menulis "Amerika yang terasing,"  Fareed Zakaria muncul dengan mengisytiharkan bahawa China belum  muncul sebagai satu lagi  kuasa besar dunia

Pemerhatian Fareed tentang kedudukan China dalam arena global itu mungkin tepat, namun dari segi ekonomi, China semakin menyaingi Amerika Syarikat.  Menjelang pertemuan antara Presiden Barack Obama dengan Presiden Xi Jinping dari China, The Economist meramalkan bahawa pada tahun 2019, China akan menggantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia, berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kedua-dua buah negara pada dekad ini: Amerika Syarikat 2.5 peratus berbanding China 7.5 peratus.

Ramalan majalah tersebut selari dengan bahawa negara membangun akan menberikan sumbangan yang besar terhadap KDNK dunia, seperti yang dibahaskan oleh Matthew O'Brien:    untuk pertama kali sejak tahun 1800-an, dunia membangun mengatasi dunia maju. Beliau memetik Chris Giles yang menulis dalam Financial Times yang menegaskan bahawa pada tahun 2013, apa yang dikenali sebagai "pasaran sedang muncul"  menyumbang lebih separuh KDNK untuk pertama kali sejak Britain menjadi negara industri sepanjang dua abad lalu.

O'Brien juga memetik carta  daripada Financial Times pertumbuhan yang menyaingi negara maju belum lagi berakhir (rujuk data yang ditunjukkan di atas). Majoriti pertumbuhan global untuk tahun seterus pada dekad ini akan berlaku di dunia membangung, dengan India dan China sahaja menyumbangkan hampir separuh.

Selain itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporannya, seperti yang dipetik oleh  Morten Jerven,  menyatakan bahawa negara Afrika memberikan sumbangan yang besar terhadap KDNK. Prestasi baik ekonomi negara membangun, pastinya berbeza dengan prestasi global, seperti yang ditunjukkan oleh  Bank Dunia bahawa pertumbuhan  masih rendah, iaitu 2.2 peratus pada tahun ini, berbanding dengan 2.4 peratus, iaitu ramalan pada Januari. 


No comments:

Post a Comment