Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Pada minggu ini, ada dua pemakluman kajian di peringkat, yang turut melibatkan Malaysia. Pertama, kajian tentang negara yang paling rasis di dunia, yang dipetik oleh Daily Online, yang pada asalnya diterbitkan dalam The Washington Post, dan kemudian dikemaskinikan.
Kajian yang menanyakan responden jika mereka mahu jiran mereka adalah daripada kaum yang berbeza, menunjukkan bahawa Hong Kong, Bangladesh, Jordan, dan India, ialah negara yang kurang tolak ansur, manakala Amerika Syarikat, Britain, Kanada, dan Amerika Selatan, adalah dalam kalangan kurang rasis.
Kumpulan kedua negara yang kurang bertolak ansur, yang melibatkan antara 30 peratus hingga 39.9 peratus responden ialah Mesir, Arab Saudi, Iran, Vietnam, Indonesia, dan Korea Selatan, manakala Malaysia tergolong dalam kumpulan ketiga negara yang kurang bertolak ansur, dengan 20 peratus hingga 39.9 peratus responden, bersama-sama Perancis, Turki, Bulgaria, Algeria, Maghribi, Mali, Zambia, Thailand, dan Filipina.
Max Fisher yang menulis dalam Washington Post tentang kajian yang dijalankan oleh World Values, yang meragui kajian itu dengan mengemukakan tiga persoalan. Pertama, menurut beliau, secara keseluruhan, kemungkinan bahawa sesetengah orang berdusta apabila mereka menjawab soalan ini; sememangnya, memeranjatkan jika mereka tidak berdusta. Kedua, soalan kajian itu memperoleh keutamaan dalaman, iaitu peribadi; apakah yang responden mahu. Ketiga, soalan kajian merupakan cara menilai tolak ansur kaum, tetapi seperti banyak metriks sains sosial, adalah secara langsung dan tidak sempurna.
Kajian kedua adalah tentang tempat yang berisiko di dunia yang baru sahaja dikeluarkan oleh Aon, yang dipetik oleh Business Insider. Daripada beberapa tahap itu, seperti teruk, tinggi, dan rendah, Malaysia pada tahap sederhana (rujuk peta yang di bawah).
No comments:
Post a Comment