Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sesiapa yang mengikuti liputan media asing tentang Pilihan Raya Umum ke-13, pastinya dapat mengesan tumpuan liputan itu terhadap tindakan afirmatif atau tindakan pendorong, yang kononnya mewujudkan ketidakadilan sosial.
Dasar yang mengutamakan orang Melayu dan kaum bumiputera lain, sambil mengorbankan orang Cina dan India, seperti yang dibahaskan dalam +The Economist dijangkakan berakhir, tidak kira parti mana yang menang kelak.
The Editors Bloomberg yang mengulas keputusan pilihan raya kali ini, membangktikan dasar tindakan afirmatif yang Anwar Ibrahim berjanji akan dihapuskan jika beliau berkuasa. Dasar ini, seperti yang dicatatkan dalam Time, mendiskriminasikan orang Cina, lalu mereka mengharapkan Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.
Sementara Joe Cochrane yang menulis dalam The New York Times, tentang pascapilihan raya, turut membangkitkan kaum, meskipun beliau tidak membangkitkan dasar tindakan afirmatif. "Pilihan raya itu sendiri," tulis Cochrane, "sesuatu pungutan suara tentang politik berasaskan kaum yang wujud di Barisan Nasional, yang memerintah negara sejak merdeka pada tahun 1957." Menurut sistem ini, tulis beliau lagi, orang Melayu diberikan keutamaan dalam pembelian tanah, pinjaman bank, kemasukan universiti.
Seperti yang diketahui, orang Cina selalu menuduhkan kerajaan Barisan Nasional menganakdirikan mereka melalui dasar tindakan afirmatif. Mereka menganggap diri mereka sebagai golongan minoriti di negara ini, tetapi apa yang mereka lupa ialah minoriti dari segi angka tidak bermakna minoriti dari segi sosial.
No comments:
Post a Comment