ZULKIFLI SALLEH
Dalam konteks bahasa Melayu, kita sering mendengar berlaku pencemaran bahasa, daripada papan tanda dan papan iklan kepada drama televisyen dan laporan berita, dan seterusnya kepada khidmat pesanan ringkas dan media sosial. Justeru, agensi kerajaan yang dipertangungjawabkan membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan ini, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, terpaksa berforum dan berseminar untuk membincangkan dan menangani pencemaran bahasa ini. Akibatnya, DBP terpaksa menumpukan tenaga dan sumber untuk "memadamkan kebakaran" atau mengawal tangkis kerosakan berbanding dengan aspek pembangunan.
Sementara itu, akhbar The Star yang sejak kebelakangan ini bersemangat menggesa supaya kerajaan mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris, beberapa kali mengemukakan contoh notis atau papan iklan yang lemah penggunaan bahasa "integrasi global" ini. Sebelum ini, akhbar yang merupakan "kubu" kuat penyokong PPSMI dan kini untuk penyokong sekolah aliran Inggeris, membesar-besarkan kelemahan terjemahan dalam bahasa Inggeris yang berlaku dalam laman Web Kementerian Pertahanan dengan alasan tersirat, supaya kerajaan terus melaksanakan PPSMI.
Sebelum DBP terus terpasung dengan "tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat" dan The Star terus mengemukakan contoh kelemahan penggunaan bahasa Inggeris pada papan iklan dan notis, atau laman Web jabatan kerajaan, elok di sini diperhatikan tulisan John McWhorter dalam Time pada akhir April, bahawa penteksan, seperti khidmat pesanan ringkas, boleh membunuh bahasa Inggeris. Penteksan menurut beliau, secara betul, bukannya penulisan sama sekali; penteksan sebenarnya lebih seakan-akan bahasa pertuturan. Dan bahasa "pertuturan" penteksan yang semakin berkembang dan lebih kompleks tahun demi tahun.
Penulisan dari segi sejarah, hujah McWhorter, direka cipta 5500 tahun yang lalu, sedangkan bahasa dapat dikesan wujud sekurang-kurangnya 80,000 tahun. Namun, tambah beliau, muncul penteksan dan penghantaran mesej, dan oleh itu, revolusi bermula. Hal ini melibatkan mekanik daya kasar penulisan (brute mechanics of writing), tetapi dari segi ekonomi, kespontanan dan bahkan kekaburan, penteksan sebenarnya jenis baru pertuturan. "Penteksan mengembangkan jenisnya sendiri dari segi tatabahasa dan amalan (conventions).
No comments:
Post a Comment