Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kemelesetan ekonomi yang dimudaratkan lagi oleh pelaksanaan jimat-cermat oleh banyak negara di Eropah, menimbulkan pelbagai masalah, bukan sahaja dari segi ekonomi, bahkan juga dari segi sosial dan politik. Orang Sepanyol dan Portugis, dilaporkan terpaksa mencari pekerjaan di negara bekas tanah jajahan mereka. Sementara Switzerland mengambil keputusan menutup pintu untuk imigran atau pendatang dari Kesatuan Eropah: "kita lawan mereka." Selain itu, kemelaratan hidup mendorong sebilangan rakyat di Greece dan Sepanyol memilih untuk bunuh diri dan terjebak dalam pelacuran.
Sementara kajian yang turut dipetik oleh Erika Eichelberger dalam Mother Jones, menunjukkan bahawa pemotongan belanjawan menyebabkan rakyat jatuh sakit di seluruh Eropah dan Amerika Utara, seperti kemurungan, bunuh diri, menghidap penyakit berjangkit, dan keterbatasan akses untuk ubat dan penjagaan kesihatan.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa lebih 10,000 bunuh diri dan mencecah satu juta kes kemurungan dirawat ketika apa yang disebut "Kemelesetan Besar" dan pelaksanaan jimat-cermat di rantau tersebut.
No comments:
Post a Comment