Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Berikutan ketidaksamaan pendapatan yang semakin melebar antara golongan kaya dengan golongan miskin, maka kewujudan golongan kelas menengah dan upah minimum semakin mendapat perhatian. Presiden Barack Obama dalam ucapan State of The Union pada tahun ini, antaranya tertumpu pada dasar upah minimum.
Sementara di negara kita, kerajaan mulai tahun ini memperkenalkan dasar upah minimum, manakala Pakatan Rakyat dalam manifestonya menjanjikan peningkatan upah minimum. Baru-baru ini, kerajaan British dilaporkan, mengumumkan bahawa upah minimum negara akan meningkat sebanyak 12 peratus sejam, kepada 6.31 paun sterling untuk orang dewasa dan sebanyak lima peratus, kepada 5.03 paun sterlilng untuk pekerja yang berumur antara 18 hingga 20 tahun, mulai Oktober ini.
Carta harian, +The Economist menunjukkan beberapa buah negara di dunia, meningkatkan upah, iaitu selain Britain, ialah Amerika Syarikat, dengan upah minimum persekutuan akan meningkat sebanyak 24 peratus, berpotensi membantu kira-kira 15 juta orang pekerja.
No comments:
Post a Comment