Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Para pemimpin Malaysia selalu berbangga dan mewar-warkan bahawa negara ini menjadi daya tarikan pelancong asing. Kempen atau promosi di luar negara untuk menarik para pelancong asing. Dalam pada itu, Malaysia juga terkenal dengan sikap kasar pemandu teksi, dan bahkan, ada pelancong asing menjadi mangsa rogol mereka.
Dari segi keramahan penduduk tempatan terhadap pelawat asing, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia, yang turut dipetik oleh The Huffington Post, Malaysia menduduki tangga ke-56, di belakang Thailand (ke-13), Singapura (ke-16), dan Filipina (ke-26), manakala Indonesia (ke-114), didahului oleh Kemboja (ke-100) dan Vietnam (ke-108).
Laporan yang melibatkan 140 buah negara itu, menunjukkan bahawa Iceland paling ramah, diikuti oleh New Zealand, Maghribi, Macedonia, dan Austria. Negara lain yang tersenarai 10 teratas ialah Senegal (keenam), Portugal (ketujuh), Bosnia dan Herzegovina (kelapan), Ireland (kesembilan), dan Bukina Faso (ke-10), manakala Bolivia adalah paling bawah diikuti oleh Venezuela, Rusia, Kuwait. Latvia untuk senarai lima negara paling bawah.
No comments:
Post a Comment