Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Beberapa hari lalu, +The Wall Street Journal muncul dengan persoalan yang lazim, tetapi bukan merupakan isu kritis untuk pasangan suami isteri, iaitu tentang kekerapan bersetubuh. Elizabeth Bernstein, kolumnis akhbar itu membangkitkan, apa yang terjadi jika si suami mahu, tetapi isteri enggan dengan mengemukakan pengalaman pasangan Chris Mower dan Afton yang sebelum setengah tahun berkahwin, Mower, si suami semakin berasa bimbang kerana mereka tidak cukup mengadakan hubungan seks. Keadaan ini semakin teruk minggu demi minggu.
Apabila Mower cuba membincangkan masalah tersebut dengan isterinya, jelas Elizabeth, dia menukar subjek. Si suami cuba berbisik, tetapi si isteri tidak mempedulikannya. Mower yang menjejak kehidupan mereka dalam buku nota, memberitahu bahawa dia cuba memulakan hubungan seks, tetapi merosot. Mereka merancang untuk bersetubuh, tetapi tidak disempurnakan. "Untuk saya untuk berasa elok tentang diri saya," jelas Mower, "saya memerlukan isteri saya untuk bersetubuh dengan saya. Kalau tidak, saya fikir dia tidak mencintai saya."
Walau bagaimanapun, hujah Elizabeth, pasangan suami isteri adalah luar biasa dari segi kesediaan mereka untuk bercakap secara terus terang tentang sumber lazim rasa tidak gembira tentang perkahwinan, iaitu perbezaan jangkaan tentang seks. Mereka muncul dengan penyelesaian yang mereka percaya dapat menyelamatkan perkahwinan mereka dan ingin pasangan lain tahu.
Elizabeth yang juga memetik pandangan pakar yang semakin percaya bahawa hubungan seks merupakan pengalaman emosi untuk lelaki berbanding dengan untuk wanita. Lelaki cenderung melahirkan perasaan dengan tindakan, bukannya dengan kata-kata. Tidak sepreti kebanyakan wanita, mereka mungkin tidak bersembang hati ke hati dengan setiap orang daripada kawan rapat mereka kepada pemandu bas, dan mereka selalu mengehadkan dakapan dan kasih sayang fizikal kepada keluarga terdekat mereka.
Namun, Emma Gray yang menulis dalam blog +The Huffington Post meragui bahawa keinginan bersetubuh itu hanya muncul pada pihak suami. Bagi Emma, The Wall Street Journal ingin anda mengetahui bahawa lelaki yang berkahwin memerlukan seks, tetapi keinginan mereka tidak kesampaian, kemungkinannya kerana isteri mereka keberatan. Wanita yang berkahwin juga, hujah beliau ingin mengadakan hubungan seks.
Walaupun perkara ini tidak selalu dibincangkan, ia perlu diambil kira... terima kasih atas perkongsian..
ReplyDelete