Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak remaja, pastinya banyak perkara yang mereka perlu fikirkan, antaranya pendidikan, masa depan, dan dengan siapakah anak itu berkawan, bergaul.
Dalam The Atlantic, +Derek Thompson muncul dengan makalah yang boleh dikatakan menarik, iaitu tentang bagaimana remaja di Amerika Syarikat berbelanja, yang mungkin dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa serta penggubal dasar di negara kita. Thompson yang memetik laporan yang dikeluarkan oleh Piper Jaffray, menunjukkan bahawa remaja di negara itu banyak berbelanja untuk pakaian (21 peratus), makanan (18 peratus), dan aksesori/penjagaan peribadi (10 peratus).
Golongan remaja juga banyak berbelanja kasut (sembilan peratus) dan lapan peratus masing-masing untuk kereta dan elektronik. Untuk muzik dan wayang gambar (tujuh peratus), permainan video (enam peratus), dan konsert dan acara (enam peratus). Untuk buku, remaja di negara itu hanya berbelanja sebanyak dua peratus, iaitu sama dengan untuk perabot, manakala lain-lain tiga peratus.
No comments:
Post a Comment