Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sekali lagi, +Forbes, muncul dengan liputan utama terhadap golongan terkaya di dunia, dengan Carlos Sim mengetahui senarai, diikuti oleh Bill Gates dan Amancio Ortega. Kelab hartawan dilaporkan mengalu-alukan kedatangan 210 orang anggota baru. Dalam senarai itu juga, Putera Alwaleed Talal, didapati diaibkan kerana beliau menduduki tangga ke-26, dengan kekayaan AS$20 bilion.
Untuk senarai tahunan ke-27 itu, pasukan pemberita majalah itu menghabiskan masa berbulan-bulan untuk menjejak orang terkaya di seluruh dunia. Akhirnya, menurut Richardo Geromel, mereka menemui 1,426 orang hartawan yang kekayaan mereka bernilai AS$5.4 trilion.
Kekayaan yang digabungkan bagi hartawan dari Amerika Syarikat, bernilai AS$1.87 trilion, terbesar daripada kekayaan yang digabungkan bagi semua hartawan dari Eropah, yang bernilai AS$1.55 trilion, atau mana-mana benua lain.
Tiga buah negara BRIC: hartawan Rusia bernilai AS$427.1 bilion, menduduki tempat kedua, hartawan China bernilai AS$262.96 bilion, dan hartawan India bernilai AS$193.6 bilion.
Untuk rantau Asia Tenggara, Indonesia adalah yang tertinggi dengan kekayaan hartawan bernilai AS$55.25 bilion, diikuti oleh Malaysia, dengan kekayaan AS$48.75, Filipina (AS$39.85 bilion), Thailand (AS$38.6 bilion), Singapura (AS$31.6 bilion), dan Vietnam (AS$15 bilion).
No comments:
Post a Comment