Pages

Thursday, March 7, 2013

Jangan Bergantung pada Media Sosial Semata-mata

KHAMIS, 7 Mac 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pilihan Raya Umum yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi, sering diperkatakan sebagai pilihan raya media sosial yang pertama di negara ini. Sejak tercetusnya Pemberontakan Arab lebih dua tahun lalu, peranan dan sumbangan media sosial sering diketengahkan dan dibesar-besarkan.  Demikian juga apabila Presiden +Barack Obama memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun lalu, pada tanggapan umum, adalah kerana media sosial, padahal diketahui, pencabarnya, +Mitt Romney mempunyai pengikut Twitter yang lebih banyak daripada Obama.

Teknologi sebenarnya, bukan merupakan faktor yang menentukan kemenangan seseorang calon atau sesebuah politik.  Kempen Obama misalnya, selain menguasai pangkalan data yang tidak dapat ditandingi oleh kempen Romney, mereka juga menguasai permainan padang.  Pilihan raya Amerika Syarikat pada tahun 2012 yang menelan belanja AS$7 bilion, masih bergantung pada iklan melalui  televisyen dan pada takat tertentu radio,  untuk setiap pihak melancarkan kempen masing-masing.

Pada akhir bulan lalu, Stuart Stevens, ahli strategi kanan kempen Romney menulis dalam The Washington Post, mengingatkan bahawa pemulihan Parti Republikan tidak boleh bergantung pada Twitter semata-mata. Beliau menyanggah keinginan menyalahkan kesukaran pilihan raya  Republikan dan kekalahan kempen Romney kerana kegagalan teknologi. Stevens juga memetik Robert Draper yang membahaskan bahawa Republikan ketinggalan dari segi teknologi, yang masih menggunakan mesin taip dan pembesar suara.  Walau bagaimanapun, David Frum dalam respons terhadap tulisan itu, hanya menyatakan Stevens  betul separuh.

Kekalahan yang agak teruk Romney di tangan Obama, mendorong Republikan untuk muhasabah diri.  Para perunding parti itu dilaporkan merancang infrastruktur yang betul-betul faham teknologi baru. 


No comments:

Post a Comment