Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Akhbar Internet, +The Huffington Post muncul dengan dua makalah menarik tentang Presiden Amerika Syarikat, yang tidak terbatas pada ucapan State of the Union, siling hutang, defisit belanjawan, krisis kewangan, pembaharuan cukai syarikat, dasar upah minimum, rancangan imigresen, pembunuhan yang disasarkan, pengesahan perlantikan Setiausaha Pertahanan Chuck Hegel, dan pengelakan daripada satu lagi Perang Dingin.
Sebaliknya, salah satu makalah memberikan liputan terhadap hubungan antara beberapa orang Presiden Amerika Syarikat dengan beberapa selebriti. Misalnya, Presiden Barack Obama dengan Beyonce yang diketahui umum, manakala +Ronald Reagan dan +George H.W Bush dengan +Michael Jackson, Jimmy Carter dengan +Elvis Presley dan +John Travolta, tidak ketinggalan Jane Fonda, Gerald Ford (juga George H.W Bush) dengan Brooke Shields, Bill Clinton dengan Sarah Jessica Parker, +George W. Bush dengan Mandy Moore.
Barangkali dalam Presiden Amerika, Barack Obama boleh dikatakan popular dalam kalangan selebriti yang pernah dijadikan modal oleh kempen Mitt Romney untuk melanyak beliau dalam Pilihan Raya Presiden Amerika. Selebriti berkenaan selain Beyonce, ialah Sarah Jessica Parker, +Scarlett Johansson, Iva Longoria, +Barbara Streisand, +Madonna, +Lady Gaga, +George Clooney, dan +Morgan Freeman turut membantu Obama dalam pilihan raya tahun lalu, sama ada turut berkempen ataupun menghulurkan bantuan kewangan.
Makalah kedua adalah tentang 10 Presiden Amerika yang terkaya, yang dalam kategori ini, Barack Obama tidak tergolong: mempunyai harta antara AS$5 juta hingga AS$7 juta daripada royalti buku. Bill Clinton dianggarkan memilik harta bernilai AS$55 juta. Selain Clinton, turut tersenarai ialah John F. Kennedy (AS$1 bilion), +Franklin D. Roosevelt (AS$60 juta), Herbert C. Hoover (AS$75 juta), +Lyndon B. Johnson (AS$98 juta), +James Madison (AS$101 juta), Theodore Rossevelt (AS$125 juta), Thomas Jefferson (AS$212 juta), dan George Washington (AS$525 juta).
No comments:
Post a Comment