Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Untuk pertama kali sejak sebelum krisis kewangan melanda dunia, Purata Perindustrian Dow Jones (Dow) menerobos wilayah 14,000 mata apabila indeks itu ditutup pada hari Jumaat 1 Februari, pada 14,010 mata.
Saham Amerika Syarikat rancak, ulas Bloomberg, untuk pertama kali dalam masa lima tahun kerana data tentang pasaran buruh dan pembuatan merangsang keyakinan dalam ekonomi terbesar di dunia.
Jelas bahawa laporan penguncupan ekonomi Amerika Syarikat pada tiga bulan terakhir tahun 2012 dan kadar pengangguran Januari 2013 meningkat kepada 7.9 peratus tidak menghantui pasaran. Demikian juga situasi global, United Kingdom misalnya, dijangkakan terjebak dalam "dekad yang hilang" akibat pelaksanaan jimat-cermat, manakala ekonomi Sepanyol pada suku keempat tahun 2012 menguncup 0.7 peratus. Maka, agak memeranjatkan, malah "menakjubkan" apabila Dow mampu mara, bahkan ketika krisis ekonomi Eropah masih belum berakhir, dan krisis euro dijangkakan tercetus semula pada tahun ini, jarang-jarang wujud berita baik untuk ekonomi zon euro. Perancis pula diperhatikan mangsa terbaharu krisis zon tersebut.
No comments:
Post a Comment