Pages

Monday, February 25, 2013

Murid Inggeris Lemah Matematik

ISNIN, 25 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


United Kingdom, menurut Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), yang dipetik oleh BBC, adalah di bawah purata dari segi perbandingan mobiliti sosial dalam sistem persekolahan. Andreas Schleicher, Penasihat Khas +OECD tentang pendidikan, berkata ciri jangka panjang sistem pendidikan negara itu merupakan pembahagian sosial, dengan polarisasi antara keputusan yang dicapai oleh golongan kaya dengan golongan miskin. 

Sementara itu, kajian   mendedahkan bahawa murid yang cerdik di England adalah dua tahun di belakang murid terbaik di negara, seperti Hong Kong dan Taiwan apabila mereka mengambil GCSE matematik mereka. Penyelidikan itu juga mendedahkan bahawa murid paling pandai di England dapat menyaingi murid sebaya mereka di negara utama di Asia Timur pada usia 10 tahun, tetapi kemudian mereka terkebelakang. 

"Faktor budaya dan sosial," menurut penyelidik, "mungkin merupakan faktor di sebalik pencapaian tinggi di negara Asia Timur."  Di rantau ini, pendidikan budaya mempunyai nilai yang tinggi dari segi sejarah.

Jurang ini, dilaporkan  wujud ketika murid Inggeris di sekolah menengah.  Kajian menunjukkan bahawa murid Inggeris terbaik juga kelihatan hilang daya saing kepada murid Eropah yang berusia 10 tahun dan 16 tahun.

Mengulas keterbelakangan murid Inggeris dalam matematik ketika mereka berusia 16 tahun itu, Matt Parker menegaskan hal ini tidak memeranjatkan.  "Walaupun sekolah di United Kingdom mempunyai guru yang dan sumber untuk menyokong pembelajaran matematik, sekolah ini pada amnya tidak digunakan terhadap murid keupayaan tinggi dan tertumpu hampir secara eksklusif terhadap murid keupayaan sederhana.  Pelajar kita yang cerdik meninggalkan sekolah menengah tidak didorong kepada potensi penuh mereka dalam matematik kerana tidak ada insentif segera untuk sekolah melakukan demikian."

Melihat hasil kajian tersebut, pastinya mendorong sesetengah orang untuk bertanya, adakah faktor bahasa penting dalam menentukan penguasaan matematik?  Hal ini demikian kerana jelas terbukti bahawa murid berbahasa Inggeris tidak dapat menyaingi murid di beberapa negara yang bahasa Inggeris bukannya bahasa pengantar.


No comments:

Post a Comment