Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kami terus mengharungi kota Los Angeles yang disirami cahaya dengan singgah makan di Restoran Ocean Seafood, China Town, kota itu. Dalam perjalanan pulang, pemandu pelancong memberitahu bahawa esok, seperti mengikut jadual, adalah acara bebas. Masing-masing dengan urusan sendiri, tetapi pastikan bahawa pukul 6.00 petang sudah pulang ke Hotel Double Tree untuk bertolak ke +Los Angeles International Airport (LAX).
"Kalau lewat, pemandu pelancong beritahu, "perlu naik teksi dengan bayaran tambang AS$200." Daftar keluar 12.00 tengah hari, tetapi beg kami semua boleh disimpan di dalam sebuah bilik di hotel itu.
Walau bagaimanapun, tidak berapa lama selepas masuk ke bilik penginapan, pemandu pelancong menelefon saya bahawa dia mengatur program kami esok untuk ke South Coast Plaza. Bas akan menjemput kami di hotel pukul 11.00 pagi dan menghantar pulang ke hotel, dengan tambang AS$30 untuk dua orang.
Selepas bersarapan di hotel pada keesokan pagi, saya dan isteri ke +Best Buy yang terletak di seberang jalan, tidak berapa jauh dari Hotel Double Tree. Tujuan utama adalah untuk mencari set kepala beatpro yang anak saya pesan. Setelah bertanyakan pekerja kedai itu, dia menunjukkan barang itu harganya AS$300, hanya gambar di kotak berlainan sedikit daripada gambar yang anak saya masukkan dalam telefon bimbit saya.
Oleh sebab was-was, saya menghubungi anak saya melalui khidmat pesanan ringkas (sms). Dia mengesahkan barang itu dan harga itu memang murah. "Di AS mana jual barang tiruan," katanya. Namun, saya masih ragu-ragu, lalu mengambil keputusan tidak membelinya.
Sebelum ke South Coast Plaza, kami mengangkut beg untuk disimpan di sebuah bilik khas yang terletak bersebelahan dengan pusat kecergasan. Hanya pada pagi itu saya sedar bahawa ada kemudahan bersenam di hotel itu.
Sampai di plaza itu, seperti biasa, pemandu pelancong cuba mendapatkan katalog untuk kami, dan kami juga diberikan "VIP Passport: Exclusive Offer for Travellers." Pada mulanya saya dan isteri mengikuti Azeil dan keluarganya, dan pemandu pelancong, Benny, untuk mencari barang yang anak saya pesan itu, dengan merentas ke bangunan sebelah. Azeil dan Benny ingin membeli +iPhone 5 yang ketika itu masih belum dijual di Malaysia.
Apabila saya diberitahu oleh pekedai bahawa barang itu tidak dijual di situ, saya dan isteri beredar ke bangunan tempat kami mula-mula tiba untuk meneruskan beli-belah sambil mencari barang itu. Selepas memasuki beberapa kedai di plaza itu, seperti Microsoft dan Sears, nyata bahawa set kepala itu tidak dijual. Ada pekerja kedai yang mencadangkan ke kedai yang tidak berapa jauh dari South Coast Plaza, tetapi saya dan isteri keberatan kerana "takut sesat," bahkan plaza itu sendiri yang agak luas menimbulkan kesukaran kepada kami.
Akhirnya, isteri saya masuk ke dalam kedai Zara untuk mencari seluar jean untuk "anak perempuan" kami. Selepas menemani dia sebentar di kedai itu, saya mengambil keputusan menunggu di luar, berhampiran dengan Bath & Body Works. Tiba-tiba muncul Benny yang memberitahu saya bahawa +iPhone 5 sudah habis stok, maka dia membeli +iPad mini. Harganya kalau tidak silap saya, AS$400. Dia yang duduk di sebelah saya sambil menggunakan iPad barunya itu.

Selepas membeli jean, saya dan isteri pergi ke McDonald's untuk makan tengah hari. Di sana saya terserempak dengan Aziel dan isterinya. Kemudian, semasa makan, Lim dari Johor Bahru dan isterinya, masuk. Seperti biasa, di restoran makanan segera, minuman boleh ditambah, bahkan dengan pelbagai minuman soda.
Oleh sebab tidak ada apa-apa lagi yang kami ingin cari, maka saya dan isteri berlegar-legar di plaza itu, tetapi kami memastikan arah tempat kami akan berkumpul untuk pulang ke hotel. Ketika berlegar-legar itu, kadangkala kami terserempak dengan anggota rombongan yang lain. Sambil menuju ke tempat berkumpul, isteri saya mengambil kesempatan masuk ke dalam beberapa buah kedai.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, jalan raya agak sesak. Tiba di hotel, kami semua mengangkut beg masing-masing ke lobi. Beg boleh dikatakan bertambah dan berisi.
Dengan menaiki bas pelancongan yang membawa kami selama di Amerika Syarikat, kami menuju ke lapangan terbang. Penerbangan kami ke Taipei dengan menaiki pesawat +EVA Airways pukul 10.45 malam.
No comments:
Post a Comment