Pages

Saturday, February 16, 2013

Industri Percintaan

SABTU, 16 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Bersempena Hari Valentine yang disambut di banyak negara, muncul beberapa makalah yang cuba menunjukkan dan membahaskan bahawa percintaan  itu sebenarnya sebuah  industri yang mempunyai prospek yang cerah.

Enam minggu sebelum Hari Valentine, Sweethearts, menurut Derek Thompson, dihasilkan sebanyak empat juta paun, dengan ungkapan UR HOT dan TEXT ME. Dalam tulisan itu, Thompson menunjukkan bagaimana kandi dihasilkan, bermula dengan adunan bahan hingga boleh dimakan.

Dalam "Dari Rusia Tanpa Cinta," Matthew O'Brien, cuba menunjukkan hubungan antara cinta dengan pembangunan ekonomi, dengan memetik Justin Wolfers, yang juga bersama-sama Betsey Stevenson,  menyusun penarafan cinta global. Penarafan ini melibatkan 136 buah negara, dengan Malaysia menduduki tangga ke-97, manakala Filipina paling atas, diikuti oleh Rwanda (kedua) dan Puerto Rico (ketiga).  Memeranjatkan ialah India yang sering mendedahkan kisah cinta dalam filem Hindustan menduduki tangga ke-69.

Balik hubungan cinta dengan pembangunan ekonomi, yang dikatakan lemah, tetapi wujud hubungan yang signifikan dari segi statistik antara pendapatan per kapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan cinta.  "Lagipun," hujah O'Brien, Jepun menunjukkan 50 peratus kurang kasih sayang jika dibandingkan dengan Rwanda, walaupun negara matahari terbit itu 25 kali lebih kaya."


No comments:

Post a Comment