Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Ketika berlangsungnya mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada akhir Januari, DataBlog The Guardian mengemukakan lima data yang secara keseluruhannya menandakan kemuraman negara maju berbanding dengan ekonomi sedang muncul: pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), hutang kerajaan, ketidaksamaan (pada amnya, negara maju lebih baik daripada ekonomi sedang muncul, seperti Afrika Selatan, Brazil, China, dan Rusia), perubahan cuaca dan pemancaran CO2 (tidak ada perbezaan yang jelas antara pasaran sedang muncul dengan negara maju), dan pengangguran.
Sementara itu, laporan terbaharu, menurut The Guardian dan Bloomberg, China mengatasi Amerika Syarikat sebagai negara perdagangan terbesar di dunia. Nilai import dan eksport barang China mencecah AS$3.87 trilion pada tahun 2012, berbanding dengan AS$3.82 trilion perdagangan barang yang dicatatkan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.
Dalam ekonomi sedang muncul, menurut data yang disusun oleh Freeman & Co, firma perundingan yang beribu pejabat di New York, yang dipetik oleh Bloomberg, bank-bank yang beribu pejabat di Eropah Barat dan Amerika Syarikat, hilang bahagian pasaran kepada pesaing domestik yang lebih kecil, dari segi jumlah fi perbankan pelaburan.
Tentang Amerika dalam kemerosotan sering diperdebatkan, yang terbaharu oleh Robert J. Samuelson yang juga memetik laporan Goldman Sachs, manakala E.J. Dionne Jr., menegaskan bahawa Amerika tidak merosot atau berundur.
No comments:
Post a Comment