Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Zon euro terus dilanda krisis. Sepanyol danj Italy bergelut dengan ketidakpastian politik. Sepanyol juga dilanda skandal rasuah yang boleh meruncingkan lagi krisis zon itu. United Kingdom menghadapi risiko "dekad yang hilang" akibat mengambil pendekatan yang salah, iaitu jimat-cermat, dijangkakan tidak akan pulih hingga tahun 2014. Eropah benar-benar dalam krisis ekonomi.
Meksipun keyakinan kewangan kembali semula, menurut carta harian The Economist, ekonomi sebenar Eropah masih sakit. Ramalan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada bulan Januari menunjukkan seluruh zon euro, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot sebanyak 0.2 peratus pada tahun 2013, menyusuli penguncupan 0.4 peratus pada tahun 2012.
Perbezaan ekonomi semakin mendalam di pinggir zon mata wang tunggal itu jika dibandingkan dengan pusat. Ketidaksamaan antara pusat dengan pinggir di zon itu amat ketara dari segi pasaran buruh. Pengangguran di Jerman hanya 5.3 peratus daripada jumlah tenaga kerja pada 2012, sebaliknya Greece dan Sepanyol lebih 26 peratus.
No comments:
Post a Comment