Pages

Friday, February 15, 2013

Bahasa Katolik, Bahasa Melayu Tidak Tergolong

JUMAAT, 15  Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Berikutan pengumuman perletakan jawatan Pope Benedict XVI,  J.F. dan S.A.P. yang menulis dalam The Economistmenyenaraikan bahasa yang digunakan oleh Katolik, agama yang mempunyai 1.1 bilion penganut di seluruh dunia.  

Majalah itu menganggarkan kira-kira 900 juta orang bertutur dalam satu daripada sembilan bahasa yang Pope ciak.  Maksudnya, seorang pengikut Twitter untuk setiap 320 orang Katolik - sesuatu yang membanggakan Jesus.  Bahasa tersebut ialah Inggeris, Sepanyol, Italy, Portugis, Perancis, Jerman, Poland, Arab, dan Latin.

J.F. dan S.A.P. menyatakan bahawa Pope mengumumkan perletakan jawatannya dalam bahasa Latin.  Hanya bahasa rasmi Vatican City ialah bahasa Italy, walaupun Holy See bekerja dalam bahasa Latin, dan kebanyakan penganut di dunia bertutur dalam bahasa lain, seperti Sepanyol dan Portugis. Bahasa ibunda Benedict ialah Jerman.

"Jika Pope mahu reaksi segera, beliau sepatutnya membuat pengumumannya dalam bahasa yang berbeza.  Akaun Twitter beliau hanya 18,500 pengikut," tulis J.F. dan S.A.P. "Akan tetapi, Pope menggunakan bahasa Latin tidak memeranjatkan."  Pendidikan Latin di sekolah mungkin merosot, jelas kedua-dua penulis ini, tetapi Vatican memberikan harapan kepada guru-guru Latin di mana-mana sahaja.

Apa yang lebih menarik, tegas J.F. dan S.A.P. ialah pemilihan bahasa yang Holy See tawarkan terjemahan rasmi: Perancis, Inggeris, Jerman, Italy, Poland, Portugis, dan Sepanyol.  "Pope yang akan datang mungkin mahu mengembangkan perkhidmatan terjemahan Vatican melampaui bahasa Eropah dan Arab." 

Bahasa lain yang mempunyai bilangan penganut Katolik yang agak banyak ialah Lingala, Tshiluba, Swahili, dan Kikongo (dan berbelas-belas lagi bahasa) yang dituturkan oleh 31.2 juta  orang Katolik di Republik Demokratik Kongo, di samping bahasa Perancis.  Sesetengah bahasa ini mungkin mempunyai lebih banyak penutur Katolik jika dibandingkan misalnya dengan Crotia yang mempunyai 3.9 juta orang Katolik. Bahasa Kinyarwanda pula dituturkan oleh kira-kira 5.3 juta orang Katolik di Rwanda.

Yang tercicir dalam cadangan  J.F. dan S.A.P. untuk terjemahan,   ialah bahasa Melayu (juga bahasa Indonesia).

No comments:

Post a Comment