Pages

Tuesday, January 8, 2013

Barack Obama Kuasai Televisyen Kabel

SELASA, 8 Januari 2013
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Meskipun Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat sudah dua bulan berlalu, cerita mengapa Barack Obama menang dan Mitt Romney tewas, masih  kedengaran, termasuk debat dalam kalangan puak konservatif

Yang terbaharu, pendedahan bahawa  pasukan iklan Obama menggunakan televisyen kabel untuk mengalah Romney. Pasukan Obama dikatakan menggunakan televisyen kabel untuk menyasarkan iklan pada kumpulan khusus pengundi mungkin menawarkan beberapa petua yang berharga untuk masa depan.

Ketika minggu terakhir sebelum Hari Pilihan Raya pada 6 November, dengan tinjauan pendapat menunjukkan  bahawa persaingan sengit, kempen Obama menggunakan susunan yang berlainan televisyen kabel untuk menyasarkan wanita pada saluran, seperti Food Network  dan Lifetime, dan lelaki pada saluran, seperti ESPN.  

Kempen  Obama menggunakan televisyen kabel untuk meraih sokongan para pengundi di negeri medan pertarungan. Sebaliknya, kempen Romney lebih banyak bergantung pada penyiaran televisyen tradisional yang tepu.  Mereka keseluruhannya gelap tentang televisyen kabel untuk dua dari tujuh hari terakhir kempen.


No comments:

Post a Comment