Pages

Saturday, December 15, 2012

Jangkaan Hayat Meningkat

SABTU,  15 Disember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Menurut kajian terbaharu, seperti yang dipetik oleh The Guardian dan The Washington Post, menunjukkan bahawa jangkaan hayat manusia meningkat secara dramatik  di seluruh dunia.

Orang lelaki hidup 11 tahun dan wanita 12 tahun lebih lama jika dilbandingkan dengan 40 tahun  lalu, meskipun masalah kesihatan juga meningkat.

Projek penyelidikan antarabangsa yang sangat besar, yang memakan masa selama lima tahun dan melibatkan 500 orang petugas, menghasilkan pangkalan data yang tuntas dan bercita-cita tinggi tentang kesihatan di dunia yang pernah diusahakan.  Dapatan kajian itu menunjukkan bahawa berlaku perubahan dramatik sejak tahun 1970, dengan kemerosotan yang ketara dari segi kematian akibat penyakit berjangkit dan kurang pemakanan dan peningkatan yang ketara untuk hidup dalam kalangan kanak-kanak kecil. 

Kebanyakan kematian di dunia kini berpunca daripada sakit jantung dan strok, yang membunuh 12.9 juta orang menurut anggaran, pada tahun 2010, satu perempat jumlah global. Tekanan darah tinggi merupakan faktor risiko terbesar untuk mematian hari ini, menyebabkan 9.4 juta kematian dan tujuh peratus kecacatan, diikuti oleh punca merokok yang menyebabkan 6,3 juta kematian.  Minuman keras ialah faktor ketiga, menyebabkan lima juta kematian di seluruh dunia, tetapi isu utama di Eropah Timur, menyebabkan satu perempat kematian daripada semua penyakit, dan masalah yang serius juga wujud di Amerika Latin.


No comments:

Post a Comment