Pages

Friday, November 23, 2012

Krisis: Australia Menyertai Kelab Eropah?

JUMAAT, 23 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tatkala krisis zon euro terus berpanjangan dan tidak menunjukkan tanda untuk reda, tiba-tiba Australia dikatakan terhuhung-hayang di tebing krisis yang seteruk Eropah.

Hartawan Gina Rinerhart, wanita terkaya Asia, dipetik sebagai berkata bahawa Australia menghadapi risiko krisis hutang yang sama seperti negara Eropah kerana perbelanjaan berlebihan dan kehilangan daya saing.

"Kita perlu tumpukan pada perolehan, dan bukannya perbelanjaan dan kta perlu mempunyai persekitaran yang baik untuk pelaburan,"  kata Gina,  yang memiliki kekayaan AS$18.6 bilion menerusi pemilikan aset biji besi di negara itu.   Australia, menurut beliau,  "menghala ke arah sebuah lagi Greece, Sepanyol atau Portugal."


No comments:

Post a Comment