Pages

Wednesday, November 21, 2012

Konflik Gaza: Fakta dan Angka

RABU, 21 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kedua-dua pihak, iaitu Israel dan Hamas, dilaporkan "bersetuju" untuk mengadakan genjatan senjata, tetapi roket terus menghujani Israel dan Gaza.   Setakat hari Selasa, 137 orang Palestin terbunuh sejak persengketaan tercetus, dan lebih 1100 orang cedera, manakala di pihak Israel, lima orang terbunuh dan lebih 70 orang cedera, termasuk tentera.

Serangan roket  dari Gaza  dan serangan udara Israel, menurut The Washington Post, berlipat ganda jika dibandingkan dengan tahun 2008.  Setakat 20 November, 900 buah roket dilancarkan ke arah Israel, dan 1200 serang udara ke atas Gaza (rujuk carta di bawah):



Sementara carta harian The Economist tentang konflik Gaza dari segi angka menunjukkan antaranya jarak roket dapat memasuki wilayah Israel ada hingga 75 km, jumlah roket yang dilancarkan dari  Gaza ke arah Israel, jumlah kematian di kedua-dua belah pihak, dan sasaran yang dituju oleh tentera Israel (rujuk carta di bawah):



Bagaimana Hamas memproleh senjatam meskipun mereka dikepung oleh Israel sejak bertahun-tahun, cuba dijelaskan oleh Hassan Illeik yang dipetik oleh MRZine.

Tatkala ribut masih belum reda, di sini dikemukakan beberapa   ulasan menarik dan seimbang tentang konflik Gaza, yang  para pembaca patut ikuti: (1) Mehdi Hasan yang menulis dalam The Huffington Post, menyenaraikan 10 perkara yang seseorang patut tahu tentang Gaza, dari kem penjara ke tahun 1948 dan semua itu; (2) Peter Beinart  dalam The Daily Beast, tentang usaha sia-sia  Israel memusnahkan roket Hamas dan membunuh pemimpin mereka; (3)  Ron Synovitz dalam The Atlantic menyenaraikan beberapa kuasa serantau dan antarabangsa yang memainkan peranan dalam konflik tersebut; (4) Brian Fung tentang penggunaan media sosial di pihak Israel; (5)  Dana Liebelson dalam Mother Jones yang mengemaskinikan konflik Israel-Hamas; (6) Katy Waldman dalam Slate tentang tempat rakyat Israel mencari perlindungan daripada serangan roket Hamas; (7) John Cassidy melalui blog The New Yorker membangkitkan sekurang-kurang lima persoalan besar yang belum terjawab; (8)  Amy Davidson menyentuh kematian rakyat Palestin yang tidak berdosa; (9) Seumas Milne dalam The Guardian berhujah tentang  umat Palestin yang mempunyak mempertahankan diri mereka; dan (10)  Robert Fisk dalam The Independent, yang seperti biasa, lantang mengkritik Israel



No comments:

Post a Comment