Pages

Sunday, November 11, 2012

Bagaimana Memenangi Pilihan Raya

AHAD,  11 November 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Ulasan  How to Wine an Election:  An Ancient Guide for Modern Politicians diterbitkan dalam The New York Review of Books,  ketika kempen Pilihan Raya Amerika tahun ini sedang berlangsung.   Buku klasik karya Quintus Tullius Ciero, yang diterjemahkan daripada Latin dan dengan pengenalan oleh Phillip Freeman, terbitan Princeton University Press, diulas oleh Mary Beard.

Boris Johnson, Datuk Bandar London, menurut Mary, sangat berminat dengan nasihat Quintus Cicero, dan mendapati semua nasihat itu selari dengan politik moden. Boris terutamanya menerima cadangan bahawa ahli politik dinasihatkan dengan baik untuk berdusta dengan cara yang memihak pada dirinya, atau sekurang-kurangnya dia sepatut berjanji lebih banyak daripada yang dapat dia tunaikan.  Lagipun, tegas Mary dengan memetik Freeman, "jika ahli politik hanya berjanji apa yang dia dapat tunaikan, maka dia tidak mempunyai banyak kawan."  "Betul," kata Boris.  "Itu hanya bagaimana politik moden berfungsi."

Buku itu, menurut Mary, memberikan nasihat yang dapat dimanfaatkan oleh ahli politik pada abad ke-21.  "Kelilingi diri anda dengan orang yang betul":  setiap ahli politik, sama ada pada abad pertama S.M. atau abad ke-21 M.  memerlukan staf yang dia boleh percayai.  Atau "Berikan orang ramai harapan": kerana setiap pengundi mahu mempercayai seseorang, dan mahu mempercayai bahawa kehidupan akan menjadi bertambah baik.  Atau "Ketahui kelemahan lawan anda - dan eksploitasikan kelemahan itu": khabar angin tentang rasuah dan skandal seks memang sangat berkesan.

Ahli politik sepatutnya memberi orang ramai harapan.  "Bahagian paling penting kempen anda adalah untuk membawa harapan kepada orang ramai dan berasa muhibah ke arah anda."


No comments:

Post a Comment